Kalendar Dcomey

Saturday, December 1, 2012

Tips Berkaitan Roti

Assalamualaikum

Hari ni adalah hari melepak saya di depan tv jer. Malas dah nak godek-godek berlebihan di dapur petang-petang cenggini. Kalau tak time-time camni kalau tak kluar merayau mula lah kaki tangan saya ni tak senang duduk diam. Ada jer yang nak di selongkar kat dapur tu untuk di jadikan juadah minum petang.

Hari ni saya mogok...boleh ke cenggitu?? Hehehe...

Okey hari ni saya nak share sikit ilmu hasil dari selonggar di google. Dah lama dah simpan tips berguna ni sejak singgah di blog Kina's. Rasanya masa selongkar tips kat blog dia, saya baru lepas menuntut ilmu pada sifu saya Kak Ti. Jadi setelah mendapat keizinan dari Kina untuk tempek tips dia tu kat sini...jadi mari lah kita sama-sama meROTI..heheh

Sajer nak tayang lagi muka tuan umah yang pegi menuntut ilmu 'meroti' nih. Lagipun senang x yah nk pinjam gmbar google dah untuk tempek sini kan! heheh

Sebenarnya kalau kita rajin berkawan dengan en google, banyak ilmu /  tips berkaitan roti ni yang boleh kita jadikan panduan. Kali ni saya kongsi kan tips seperti dari blog Kina dulu. Nanti ada lagi tips lain saya kongsi lagi di lain entry ya! (Saja nk buat banyak-banyak) (^_^)

TIPS BERKAITAN ROTI
Sumber : http://kinazone.blogspot.com

Doh boleh disimpan di peti sejuk atau dibekukan!
Jangan bimbang untuk menyimpan doh dalam fridge coz memang very recommended untuk kita menaikkan doh secara perlahan di dalam peti.  Doh boleh disimpan di dalam peti up to 36 hours tau.  Jadi bolehlah uli malamnya & simpan di peti sebelum dibakar esoknya.  

Selain tu, boleh juga dibekukan.  Boleh simpan 3-6 months.  Boleh bekukan dengan pelbagai cara, dalam bentuk bebola, dah siap bentuk, belum naik or sebagainya.  Apapun bergantung kepada ruang freezer kita le.  Cara paling praktikal untuk defrost/thawing dengan mengeluarkan dari peti beku & biarkan di peti biasa semalaman.  Bolehlah dibakar esoknya.  Kalau nak cepat, defrost ajelah macam biasa, tapi bagi la sikit masa untuk doh betul-betul ke suhu bilik.  Hasil roti tetap gebu macam roti yang baru diuli.

Dua kali naik?
Ye, dua kali.  Mula-mula doh diuli sehingga kenyal (doh nampak cantik & licin) atau digaul dengan wooden spoon or spatula jika doh adalah lembik.  Kemudian naikkan doh sehingga dua kali ganda. Selepas itu tumbuk / uli seketika untuk keluarkan angin.  Masa ni doh bolehlah dibentuk & amatlah senang bekerjasama.   Dah siap dibentuk, rehatkan lagi.  Masa untuk doh ripe (betul² naik) kali pertama sekitar 45 minit - 1 jam (lagi panas cuaca, lagi cepat dia naik).  Selepas dibentukkan, naikkan sekali lagi & biasanya masa yg diambil setengah daripada kali pertama tadi. 

Doh dah ready ke belum?
Timing tak menentukan doh tu betul-betul ready.  Yis cepat aktif di dalam suasana suam, jadi kalau cuaca panas, makin cepatle naiknya.  Nak pastikan doh tu betul-betul naik, tekankan 2 jari sehingga takuk yang pertama.  Jika kesan jari kekal berbekas atau doh tidak kembali ke bentuk asal, means doh sudah ready untuk dibentuk. Kalau dinaikkan dalam peti sejuk, masa yang diambil lebih lama, tapi naiknya lebih cantik.  Memang gebus habislah roti tu nanti.  Nak cek doh dalam peti tu dah ready ke tak, boleh tengok jika doh sudah kembang 2x ganda bolehlah keluarkan.  

Doh degil

Biasanya doh degil kita atasi dengan rehatkan semula doh terbabit 10-20 minit.  Ini kerana doh mungkin belum cukup naik & beri masa untuk gluten terbentuk.  Kalau nak teruskan mencanai atau membentuk, boleh juga, cuma berpeluh ketiak la sikit.. hehehe.

Yis self intant (segera) & yis kering
Namanya pun yis segera, means kita tak perlu tunggu yis betul-betul aktif sebelum diguna.  Biasanya resepi yang guna yis kering biasa, perlu gunakan air suam & biarkan 15-20 minit utk aktifkan yis sebelum dicampur bahan lain.  Tapi kat Malaysia ni biasanya yang dijual tu Self Instant, by rite boleh gaul aje terus. Saya selalu guna yis jenama Mauripan

Gula & Garam
Yis ni makanannya gula, jadi bolehlah sesuka ati nak adjust ikut kesukaan pemakannya.  Tapi garam pula boleh membantatkan doh kalau over letak tau.  So ikut ajelah resepi tu ye.. mampat roti tu kang

Roti yang moist
Tutupkan bekas doh dengan wrapping cling / plastik atau kain lembab.  Tapi saya sayanglah nak pakai wrapping cling banyak-banyak. (saya guna plastik yang selalu kita cover kepala masa nak mandi tu...TAPI PASTIKAN YANG BELUM DI GUNA LAH - Jimat..)  Biasa saya tutupkan dengan kain biasa aje ataupun saya simpan dalam microwave oven & tutupkan pintunya.  Nak simpan dalam peti lagilah kena balut cukup², sbb senang kering & mungkin akan memerangkap bau-bauan dalam tu.  Make sure bekas tu cukup besar untuk doh naik 2x ganda eekk.

Nak bagi doh naik cepat & moist
Letakkan 1 mug air panas dalam oven & letakkan bekas doh kat dalam oven tu jugak.  Kalau oven tu 2 tingkat, boleh juga letak air panas di bahagian bawahnya.  Saya dah banyak kali cuba cara ni :)

Doh melekit
Memang susah menguli jika doh terlalu melekit.  Jika tiada arahan supaya doh tersebut diuli, gunakan spatula atau senduk kayu untuk membancuh.  Kalau perlu diuli, tambah sedikit tepung & mula menguli.  Saya suka menguli dalam bekas stainless steel aje.  Tak suka uli atas kaunter coz doh yg melekit akan melekat di kaunter & memerlukan banyak tepung tambahan.  Kalau uli dalam bekas, ruangnya kecik aje, jadi melekat sekitar bekas je.  Tak perlulah tambah tepung.  Jika melekat sikit-sikit kat tangan tu, biasalah.  Tapi masa menguli tu jangan kena bahagian jari supaya doh tak melekat teruk.  Gunakan tapak tangan dan ke atas.  

Cara menguli 
Selepas doh digaul rata, mulalah menguli dengan menekan doh ke depan & melipat balik ke belakang.  Ulang berkali-kali tekan, lipat, tekan lipat sehingga kesemua bahagian doh siap diuli.  Uli lah selama 10-15 minit (lagi diuli lagi cantik hasilnya).  Tapi kalau guna mesin, tak boleh terlebih uli, cukup sekadar doh betul-betul terbentuk.  

Nak tau doh dah ready ke belum, tengok kepada kekenyalannya.  Doh juga menjadi lebih elastik (jika ditarik boleh ditembusi cahaya) atau permukaan doh menjadi semakin licin & membentuk bentuk bulat. Semasa menguli kita akan dapat merasai sendiri perbezaan semasa baru diuli & selepas doh mulai kenyal.  Jadi teruskan menguli hinggalah rasa 'kelainan' pada doh terbabit.  Boleh rujuk video 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...