Kalendar Dcomey

Saturday, December 15, 2012

Bingka roti

Assalamualaikum

Hari tu teringin lah nak wat sweet bun nak cicah dengan kuah kari ikan yang dah 2 hari dah dok panaskan. Jangan tak tahu ya...kuah kari kalau lagi di 'peqangat' orang kedah kata lagi best tau!



Naik gebu elok jer masak dalam proses mengembang tu. Hati ni dah berbunga-bunga dah la. Ya lah...ni kali pertama buat sweet bun sejak balik ke Kudat ni. Hari tu buat kat kg mmg elok dan sedap jer kejadiannya.

Apa yang sedikit mengecewakan hati...bila siap jer bakar rupa agak kegelapan sikit, mybe sbb oven yang kecik ada kt Kudat ni tak sesuai untuk bakar roti kot. Ya lah...dah hampir 10 tahun dah oven tu tapi byk jasanya.

Roti pun makan 2-3 ketul jer sebab dia jadi cam barai jer isinya...x tahu apa sebab pula :(

Jadi untuk tidak membazirkan roti yang dah bersusah payah di buat tu..maka transform roti jadi bengkang plak la.


Percubaan membuat bengkang roti dengan resepi yang main campak-campak jer maka buat dalam loyang kecik jer lah.


Takut tak menjadi pula kalau di buat dalam loyang besar kan. Tak pasal-pasal plak nanti elak dari membazir jadi super bazir lak..hehehe

Tapi ternyata resepi campak-campak bleh tahan juga sedapnya. Waaa...masuk bakul angkat dengan treler nmpak.Hahaha... Jadi dengan resepi yang menghasilkan seloyang kecil jer tu maka mengundang rasa tidak puas dalam pemakanan di malam hari..huhu. Sok buat lagi lah...

Resepi yang tak seberapa ni tetap juga saya kongsikan dengan kesayangan saya semua...muah!



BINGKA ROTI
Oleh : ItaComey

Bahan-bahan :
5-6 keping roti (Kalau guna roti potong lah...kalau roti bulat2 cam saya guna tu main agak2 jer ok)
1 sudu makan mentega - di cairkan
3 sudu makan susu tepung
1 cawan air suam
3 sudu makan gula
2 biji telur
Sedikit esen vanila
Secubit garam
Kismis
Badam hancur

Buat camni :

  • Loyang digriskan dengan sedikit mentega. Lapik bawahnya dengan kertas minyak
  • Carik-carikkan roti dan susun dalam loyang
  • Masukkan kismis dan badam hancur ke dalam loyang dan di gaul bersama roti
  • Tuangkan mentega air tadi ke atas roti dan kalau oleh biar serata
  • Susu di bancuh dengan air suam
  • Panaskan oven dengan suhu 170c api atas bawah
  • Masukkan telur dan gula di dalam mesin pengisar dan kisar telur hingga berbuih / kembang
  • Masukkan gula, susu yang di bancuh, garam dan esen vanila di dalam pengisar. Kisar lagi hingga naik sedikit kembang
  • Tuangkan bahan cair ke dalam loyang roti
  • Taburkan lagi sedikit kismis dan badam hancur di atas roti tadi dan bakar di dalam oven sehingga permukaannya sedikit perang
  • Bila bingka roti dah menjadi sedikit perang, tukar 'setting' oven kepada api bawah sahaja bagi menghasilkan kerak roti yang rangup dan masak penuh di dalamnya
  • Bakar hingga masak.
Selamat mencuba

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...