Kalendar Dcomey

Saturday, December 15, 2012

Bingka roti nescafe pula...

Masih di mood bingka roti hokey...

Lepas buat bingka a.k.a bengkang roti yang mengundang rasa tak puas makan di perut tu, jadi mencuba pula hasilkan bingka roti berperisa nescafe. Hidup ni kena perlu banyak mencuba kan... kalau tak mana nak tahu sedap ke tidak...


Kali ni buat rasa nescafe tambah coklat parut sikit..haaaa kan sedap tu! Memang makan puas la kali ni kan. Puas la kejap pastu bila malam makin melabuhkan diri... mula lah  perut ngada-ngada minta di manjakan lagi. Nak makan apa-apa jer janji chenta hati saya masak...hikhik. Manja lah sangat kan!


Dah lah dia penat balik keja sampai malam hari... rasa bersalah pun ada tapi dia pun sokong juga idea si isteri ni..nak makan laksa goreng. Jadi dengan penuh kasih sayang dia buatkan saya laksa pattai yang superrrrb sedap tau.. kau hado??

Tima kasih abg...muah!

Ok jom saya kongsi resepi bengkang roti rasa nescafe ni pula... resepi lebih kurang jer dengan yang SEBELUM ni cuma tambah sikit2 jer.


BINGKA ROTI NESCAFE
Oleh : ItaComey

Bahan-bahan :
5-6 keping roti
1 sudu makan mentega - cairkan
3 sudu makan susu tepung
1 cawan air suam
1 peket nescafe 3-in-1
3 sudu makan susu tepung
2 biji telur
3 sudu makan gula
Sedikit esen vanila
Secubit garam
Badam hancur
Kismis
Parutan coklat / coklat cips
Gula aising - untuk hiasan

Buat camni :
  • Loyang digriskan dengan sedikit mentega. Lapik bawahnya dengan kertas minyak
  • Carik-carikkan roti dan susun dalam loyang
  • Masukkan kismis, badam hancur dan parutan coklat ke dalam loyang dan di gaul bersama roti
  • Tuangkan mentega air tadi ke atas roti dan kalau oleh biar serata
  • Susu dan nescafe di bancuh dengan air suam
  • Panaskan oven dengan suhu 170c api atas bawah
  • Masukkan telur dan gula di dalam mesin pengisar dan kisar telur hingga berbuih / kembang
  • Masukkan gula, nescafe yang di bancuh, garam dan esen vanila di dalam pengisar. Kisar lagi hingga naik sedikit kembang
  • Tuangkan bahan cair ke dalam loyang roti
  • Taburkan lagi sedikit kismis,badam hancur dan parutan coklat di atas roti tadi dan bakar di dalam oven sehingga permukaannya sedikit perang
  • Bila bingka roti dah menjadi sedikit perang, tukar 'setting' oven kepada api bawah sahaja bagi menghasilkan kerak roti yang rangup dan masak penuh di dalamnya
  • Bakar hingga masak.
  • Sedap di makan setelah disejukkan dan ayak gula aising bila nak hidangkan
Selamat mencuba

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...