Kalendar Dcomey

Monday, December 17, 2012

Rumpai Laut (PMC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat tetamu-tetamu saya

Hari ni saya nak kongsikan sikit sumber alam yang cukup bagus untuk kita dan tengah mengganas sekarang ni. Hehehe...

Bila saya dah cuba dan rasai keberkesanan serta hasil yang memuaskan, jadi haruslah saya kongsikan bersama kesayangan-kesayangan saya semua kan...

Pernah dengar tak pasal rumpai laut Sabah...atau nama omputih dia Pure Marine Collogen?

 
Rupa rumpai laut asli Sabah

Mula-mula dulu sejak saya belum berhijrah ke bumi Sabah ni, saya pernah makan rumpai laut ni tapi makan jer la dan tak tahu apa khasiatnya. Orang cakap bagus...maka kau bedal jer lah kan?! Hehehe... but now sejak dah stay di bumi Sabah ni dan selalu makan rumpai laut ni jadi baru lah saya tahu apa itu kebaikan rumpai laut yang sebenar-benarnya...

Ni rupa rumpai laut segar yang menjadi kesukaan saya dah ni... asal pegi tamu (Pasar hari hingga ke malam) mesti mencari ni.

Patut lah licin jer kulit muka saya ni..auwww!!

MENGAPA RUMPAI LAUT (PMC) MENJADI PILIHAN?


  • HALAL - Rumpai laut merupakan 100% (halal) tumbuhan semulajadi laut berbentuk alga kerana ia tidak memiliki akar, batang dan daun. Rumpai laut sangat sempurna dari segi sifatnya yang biasa hidup di dasar laut cetek di tembusi cahaya matahari. Kehidupannya memerlukan laut yang amat berssih, tidak tercemar dan ombak laut yang tidak kuat. Kologen dari sumber laut ini mempunyai molekul yang rendah. Oleh itu ia mudah di serap oleh badan dan yang penting sumber laut ini tentu sekali HALAL
  • 100% KOLOGEN ASLI - PMC adalah kologen tulen 100% dari tumbuhan dan tiada apa-apa tambahan bahan lain berbanding dengan kologen yang telah di proses yang tidak di ketahui akan peratusan dan jumlah kandungannya
  • MURAH - Sumber kologen termurah. Kalau nak dapatkan kologen dari sumber lain macam SKII yang hebat RMnya memang berfikir 89x juga lah kan... ya lah, kadang-kadang pendapatan ala-ala jer kan...sedangkan kesannya adalah sama atau lebih lagi. Kita semua tahu kan, dengan memakan kologen, kulit akan menjadi lebih cerah, cantik, berseri dan gebu. Kesihatan juga lebih baik tau...
  • PELBAGAI KEGUNAAN - Kita boleh pelbagaikan kegunaan rumpai laut ni samada untuk makan, buat masker, mandi (lulur), cuci rambut dan banyak lagi lah. Pendek kata dari isi, hampas hingga airnya semua banyak kegunaannya
  • TINGGI MINERAL - Rumpai laut mempunyai semua jenis mineral yang terdapat dalam sayur-sayuran malah terdapat 64 jenis mineral yang hanya wujud dalam rumpai laut sahaja.
  • 1001 KHASIAT - Dikatakan boleh menyembuhkan sakit tulang serta sendi, mengawal kandungan gula serta darah tinggi, awet muda, memberi tenaga pada badan kita dan banyak lagi. Nanti saya buat entri khas untuk khasiat PMC ni ya!


Nahhh...jadi sekarang anda sudah tahu mengapa perlu pilih PMC. Berminat untuk tempahan, sila hubungi saya sekarang dan rasai kehebatannya...

Ita : 017-4164 951

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...