Kalendar Dcomey

Friday, November 16, 2012

Ikan Masak Jeruk

Assalamualaikum...

Selepas bayar hutang resepi buat kawan-kawan saya terutamanya Nurul + Ayu yang nak resepi ikan patin masak ala Thai , sekarang nak bayar hutang resepi kepada sorang lagi kawan saya Noorhafizah yang nak resepi ikan masak jeruk.

Ampun di atas kelewatan yang ntah apa2 jer :)

Okey...ikan masak jeruk ni memang kesukaan kami sekeluarga. Dari tok saya...turunkan resepi kepada bonda saya...n now saya kongsi kan dengan korang semua ya!



Yang atas ni gambar ikan tenggiri masak jeruk... yang bawah pula gambar ikan merah masak jeruk juga. Pilih jer ikan apa yang korang suka ya!


IKAN MASAK JERUK
Resepi asal : Nenda Aisyah + Bonda Shahrom

Bahan - bahan :
Ikan (Tak kisah lah ikan apa pun)
Bawng putih - di mayang
Bawang Merah - di mayang
Cili padi
Halia - di mayang
Herba campur
Biji sawi
Jintan manis
Serbuk kunyit
Cuka
Air
Minyak untuk menumis
Sedikit garam
Sedikit gula

Buat begini :
Ikan di gaulkan bersama garam + kunyit. Goreng separuh masak - Ketepikan
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia, herba campur, biji sawi dan jintan manis hingga naik bau
Masukkan air dan serbuk kunyit. Masak hingga mendidih
Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan, cuka, gula dan garam. Cuka lebih pun tak apa sebab masakan ni dia perlu masam-masam manis gitu!
Masukkan cili padi...siap!

Selamat mencuba

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...