Kalendar Dcomey

Saturday, October 6, 2012

Bakso

Assalamualaikum..

Cerita dah lama tapi baru nak tempek kat sini ya! Hari tu my mom teringin nak makan bakso...jadi anakanda ni cuba lah buat bakso sendiri untuk kali pertama.

 Walaupun buat untuk kali pertama hanya berbekalkan deria rasa dan imaginasi sahaja...alhamdulillah family semua suka sangat! Ada permintaan untuk di buat lain kali lagi tau...nanti saya pertimbangkan ya!

Konon-konon membayangkan bakso yang best seperti di Kota Kinabalu itu...Cuba klik sini!

Buat kawan-kawan yang nak cuba buat bakso dengan cara saya, boleh cuba resepi ni ya...

BAKSO
Oleh : ItaComey@http://dcomey.blogspot.com

Bahan-bahan :
KUAH
Bebola daging
*kalau nak resepi buat bebola daging boleh cari kat myresepi ya, tapi saya buat cara senang jer. Beli jer yang kat Tesco tu...sedap dan cepat!

Serai - Di ketuk
Tulang / isi daging
Air
Kiub pati ayam
Garam
Bawang putih - di tumbuk
Bawang merah - di tumbuk
Halia - di tumbuk
Serbuk sup Adabi

Cara buat :

  1. Rebus tulang / isi daging sampai empuk dengan air yang banyak. Daging yang telah empuk boleh di racik-racik halus untuk di tabur atas mee semasa makan.
  2. Kemudian masukkan bebola daging dan rebus hingga mendidih sekali lagi.
  3. Bila sudah empuk masukkan serai, bawang putih, bawang merah, halia, kiub ayam, garam dan serbuk sup.
  4. Masak hingga semuanya cukup rasa dah siap.



ISI
Kueh teow
Suhun
Mee
Bihun

Cara buat :

  1. Celur kesemua mee dan toskan


HIASAN
Bawang goreng
Taugeh
Daun sup
Limau kasturi

 Dah siap semua bahan tu...apa tunggu lagi, boleh lah di makan berulang kali dengan sepuas-puas hati...

Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...