Kalendar Dcomey

Monday, September 10, 2012

Sebelum pulangku...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya dah selamat sampai ke kampung dah pada 29/8 hari tu. Kisahnya dah berhari-hari dah bertapa kat kampung..hahaha. Baru hari ni berkelapangan sedikit utk menghapdatekan blog ni hah!

Ku tinggalkan bumi Sabah buat seketika

Almaklumlah...sejak balik kg ni byk sgt keja nk kena buat bagi meringankan beban ayahanda dan bonda. Salah satu kerja yang banyak di peruntukkan adalah menjadi pump attendant. Mengambil alih semua tugas yang bonda buat selama ini mmg agak mencabar.

Kesian mak...selama ni kami berehat-rehat dan bersenang lenang jer tapi sekarang sejak dia buat pembedahan mata dan tak boleh buat sebarang kerja barulah ku tahu betapa letihnya mak selama ni. Kasih seorang ibu mengatasi segala-galanya....

:: Saya sayang mak ayah saya ::

Perjalanan dari Kudat ke Kota Kinabalu...
Disebabkan flight saya hanya terdapat di sebelah pagi - 7.30 pagi, maka kami suami isteri terpaksa lah mengambil keputusan untuk bermalam saja di KK sehari sebelum flight saya.

 Jalan tidak berturap sepanjang kira-kira 10km di Kota Kukut yang boleh menghilangkan lemak di badan sebanyak 7% hokey!

Bukannya apa... Jauhnya Kudat dengan KK cam umah saya kat kg nak pegi ke KL. Jadi utk mengelakkan sebarang kesulitan lebih baik bergerak awal kan. Jadi boleh lah menyelam sambil minum kopi putih ya!

City Inn Hotel, Kota Kinabalu

Hotel yang sentiasa menjadi pilihan kami

City Inn Hotel
41, Jalan Pantai, P.O.Box 10025, 88800 Kota Kinabalu
Tel : 088-218 933

Walaupun hotel ni hanya hotel bajet..namun cukup puas hati. Lagipun sebab-sebab utama hotel biasa-biasa ni menjadi pilihan kami, sebab dengan dengan segalanya spt : tempat makan, Guardian, 7-11, bank dan yang paling best boleh jalan kaki jer dari hotel ke dataran KK dan Pasar Filipina.

Bila kaki sudah menjejak ke KK, haruslah tempat makan tujuan adalah BAKSO yang sedap itu! Berminggu-minggu sebelum ke KK lagi dah awal-awal gitau en somi yg isteri dia ni ngidamkan bakso depan Guardian kt KK tu...jadi isi perut di waktu pagi dgn capati jer lah!

Restoran Nuryana
 Bakso campur yang sedap bagi tekak saya di Restoran Nuryana. Sekali rasa pasti teringat-ingat lagi!

Bila perut sudah di isi... tekak tidak mengidam lagi maka kaki pula dah tak boleh duduk diam-diam. Ngajak je pegi berjalan-jalan selagi saki-baki tenaga masih berbaki.


Rupanya jalan-jalan kaki saya tidak kosong...gembira rasa hati bila dapat hadiah camera Nikon yang menjadi pujaan kalbu sejak dua menjak ni. Terima kasih peluk cium buat kamu chenta hatiku..dapat warna kesukaan lak tu. Muah! Muah! Katanya beli siap-siap hadiah anniversary kami...Awalnya!


Lagi gembira hati ni bila dapat hadiah awal berbulan-bulan kan..hahaha. Gambar pertama kami dengan camera baru rupanya tetap tak menunjukkan impak kurus. Lepas ni Nokia N97 boleh la berehat dari kerja keras ya!

Cerita di petang hari...Malas nak bersesak-sesak dengan keta yang banyak maka kami buat senaman kaki merayau-rayau sekitar bandar KK. Bukannya jauh sangat pun...belakang hotel ja!




Puas bergambar berposing bagai dengan ikan-ikan, sekarang kita pegi Pasar Filipina pula...Cari tangkapan yang boleh di bawa balik ke kg.

Pasar Philipina



Mengabis duit sakan la bila membeli kat Pasar Filipina ni. Boleh juling bijik mata tengok barang-barang dia. Sib baik membeli di kedai tokey yg agak sporting...dapat harga pun boleh la manis-manis sikit dengan brader baju biru tu. Tima kasih lagi untuk poket suami yang blanje semua sekali..

Sepanjang berjalan balik menuju ke hotel...kaki menyinggah posing di sana sini.



Masa pegi rasa kejap dan dekat je tempat merayau tapi bila semua barang dah di beli serta sakan berposing-posing, mula lah terasa kaki nak melangkah balik ke hotel jauh sekali..huhuhu

Tapi demi sesuap wantan mee...sehirup white coffee, ku gagahkan juga kaki melangkah kanan dan kiri. Tima kasih lagi dan lagi buat chenta hati yang bawa semua barang dan izinkan si isteri melenggang longlai bawa diri sendiri.

Fong IP Cafe, Gaya Street



Memang berbaloi kepenatan berjalan-jalan pastu kenyangkan perut dengan wantan mee + white coffee ais yang sedap di Fong Ip Cafe. Cafe ni dekat sebelah hotel jer. Buat suami haruslah mee kari! Jangan risau ya...cafe ni HALAL dan mendapat pengiktirafan Jakim.

Hasil tangkapan untuk di bawa terbang bersama ke desa tercinta...


Cerita di malam hari... Dari siang tak kena nasi sudah tentu lah perut si suami minta di isi. Dapat lah kami sedondon pakai baju yang beli siang tadi. Bila lagi kan?! Kalau tak sekarang...jawabnya berbulan-bulan lagi lah nak pakai bersama...


 Konsepnya...berjalan kaki ke kedai makan dekat-dekat hotel jer la. Malam-malam selera makan tak mengada-ngada sangat dah!

Aksi-aksi terlampau kami di hotel (^_^)


 Poyo jer kan beraksi bagai di dpn camera...ya lah nak posing dgn baju baru dah kami x keluar pegi mana-mana dah. Almaklum lah perut dah kenyang maka mata pun makin nak tutup jer la. Dalam bilik pun jadi lah...janji pakai baju baru bersama-sama.

Masa itu sudah sampai....

Suami ku sayang...
Sepeninggalan kau kesorangan di Kudat, jaga lah diri baik-baik ya. Jangan nakal-nakal... Kena pandai masak nasi dan lauk sendiri ya. Kain baju kena cuci sendiri ya. Pokok-pokok sayur yang comel-comel kat balkoni dapur rumah kita jangan lupa di mandikan ya. Moga jarak yang memisahkan kita seketika ni...mengeratkan lagi kasih sayang kita. Sayang kamu! Muah! Muah!


Panjang umur...raya haji nanti kita jumpa ya! Sayang tunggu kepulangan abang ke kampung halaman kita.


Mengidam sangat nasi briyani kan...makan atas flight jer la! Tata bumi Sabah...



2 comments:

Cinderella Anje said...

Hope mak pulih mcm biasa... x sempat lagi nak jenguk hang kat kg.. :)

Ita Comey said...

Thanks Cin..Alhamdulillah mak dah makin cerah dh dunia penglihatan dia cuma skrg ni dlm tmpoh berpantang dari makan dan sebarang kerja je la..aku pun x sempat nk jenguk hg gak. bizi jaga stesen myk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...