Kalendar Dcomey

Saturday, October 6, 2012

Jamilah SP

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, tempahan seterusnya yang saya nak tempek gambar kat sini saya terima dari adik Jamilah yang dok kat SP.

Adik Jamilah tempah apam kartun yang baru saya lancarkan tu dengan cream puffs angsa. Untuk kali ni sempena masih dalam promosi pengenalan kepada apam kartun ni, jadi saya buat campur-campur banyak sikit rupa kartun tu. Boleh la saya buat contoh.

Untuk tempahan apam kartun ni, minumum rupa kartun hanya 3 jenis saja ya!



Comel tak apam kartun ni? hehehe

Tengok...Jangan kata budak2 ja suka...sampai Tok kepada Jamilah ni pun suka tau...

Okey layan mata dengan cream puffs angsa pula...


Minta maaf banyak-banyak lah untuk adik Jamilah ni dengan hasil cream puffs angsa yang tak seberapa angsa sangat ni. Ntah mana silapnya tak tahu lah...angsa yang di harapkan kembang sekembang-kembangnya tapi agak kecut pula hujan-hujan ni. hikhik

Tapi alhamdulillah, dapat juga memberi kepuasan pada tekak dan perut pelanggan saya...hehehe


Terima kasih banyak-banyak ya adik Jamilah sebab tempah dengan akak...muah! muah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...