Kalendar BIZI Dcomey

Tuesday, August 14, 2012

Selera ikan bakar la pulak!

Assalamualaikum

Semalam saya dan suami tukar selera kepada ikan bakar pula. Plan asalnya nak buat ikan rebus jer...tapi suami bila saya buat ikan rebus dia kurang sikit makan. Jadi demi suami tercinta saya tukar plan buat ikan bakar.


Ikan bakar yang senang jer. Main bakar atas dapur gas jer...abis cite! Janji ikan bakar yang sedap kan..


Permintaan suami semalam ofcos la ayam goreng kicap. Dia kalau boleh hari-hari masak ayam pun takpe, tapi saya ni lah tekak tak boleh terima kalau hari-hari. Saya lebih suka makan nasi kering-kering jer tapi dia nak ada kuah.

Juadah kami semalam : Nasi putih + kurma + ayam goreng kicap + ikan bakar + air asam + sambal belacan + ulam timun + air ribena...kelasssss kau jah!

Alhamdulillah...walaupun lauk gitu-gitu jer namum tetap bertambah-tambah kami makan nasi (^_^)

Nak try buat ikan bakar cara simple saya? Jom saya share resepi dengan korang...

IKAN BAKAR
Oleh : ItaComey


Ikan kembung - siang dan bersihkan

Bahan perapan ikan :
Garam
Kunyit
Kicap manis
Sos tiram
Sos cili
Serbuk lada sulah
Serbuk perasa

Bahan nak percik atas ikan :
Minyak
Gula
Serai - di titik


Ikan yang di bersihkan di gaul dengan bahan perapan dan di perap lebih kurang 15 minit
Panaskan dulang pembakar yang siap di balut aluminium foil di atas dapur dengan api perlahan
Celupkan serai ke dalam minyak yang di campur gula dan percikkan minyak ke atas dulang pembakar. Biar panas sekejap
Kemudian letakkan ikan di atas dulang. Percikkan kuah perapan yang lebih tadi di atas ikan
Bakar ikan hingga masak


AIR ASAM PENCICAH


Bawang merah - di mayang
Belacan
Cili padi
Cili hidup
Air limau / cuka
Air

Campurkan kesemua bahan dan picit-picitkan hingga sebati
Sedia untuk di hidangkan bersama ikan bakar tadi

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...