Kalendar Dcomey

Wednesday, August 15, 2012

Pajeri terung

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah masuk hari ke-26 dah kita berpuasa hari ni. Makin sayu hati ni bila nak di tinggalkan bulan ramadhan. Moga panjang umur untuk bertemu lagi ramadhan di tahun hadapan. Insyaallah...

Semalam menu utama berbuka saya adalah terung. Dah beli banyak hari dah terung tapi tak masak-masak juga maka semalam suami minta buatkan pajeri terung. Dah lama dia tak makan katanya...yaaaa...dah lama juga saya tak masak pajeri terung untuk dia.


Skill memasak pajeri pun dah lupa. Murka bonda kat kg kalau tahu saya dah tak pandai masak pajeri ni. Hahaha...


Jadi menu berbuka kami semalam : Nasi putih + kurma + pajeri terung + ikan kering + murtabak kudat + eskacang buah + air nyoq

Komen pasal murtabak : Memang tak dapat lah rasa cam tempat tumpah darah sendiri. Murtabak sini lebih terasa seperti popia yang hanya berintikan kobis dan telur sahaja. Kulit murtabak pula di goreng dalam minyak yang banyak..jadi korang bayangkan lah camne rasanya hokey!

Okey, ni saya nak kongsikan resepi pajeri terung seperti mana yang telah di ajar oleh bonda saya.

PAJERI TERUNG
Resepi : Bonda Sharom

Bahan - bahan :
2 biji terung panjang - potong kecil tapi jangan sampai putus hujungnya (Boleh juga di gantikan dengan nenas)
1 peket rempah kari daging
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil asam jawa
2 cawan santan cair

Bahan ditumbuk :
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga

Minyak untuk menumis
Gula
Garam

Buat begini : 
  • Campurkan rempah kari, cili kisar, asam jawa, sedikit bahan yang ditumbuk dan dibancuh dengan sedikit air hingga menjadi pes. 
  • Panaskan minyak, tumis lebihan bahan tumbuk bersama bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau
  • Masukkan pes rempah dan masak hingga pecah minyak dengan api perlahan
  • Setelah rempah pecah minyak, masukkan santan dan terung. Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.
  • Perlu diingatkan - pajeri teksturnya adalah sedikit manis jadi lebihkan gula untuk mendapatkan hasil pajeri yang sebenar.
  • Siap di hidangkan

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...