Kalendar Dcomey

Thursday, August 2, 2012

Menjala lagi...

Assalamualaikum...

Sihat ke kawan-kawan saya semua? Alhamdulillah hari ni dah hari ke-13 dah kita berpuasa. Syukur atas semua nikmat dan rezeki yang Allah bagi.

Semalam chenta hati saya cakap nak buat amal jariah lagi untuk kawan-kawan dia. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan dan rezeki untuk kami kongsikan dengan orang lain. Lagipun saya faham sangat hati naluri orang-orang perantau macam kami ni. Jauh dari keluarga sendiri dan rindu dengan masakan semenanjung. Macam chenta hati saya nasib baik lah si isteri yang comel ni ada di bumi Kudat ni, jadi nak makan apa pun memang selera semanjung lah tapi macam kawan-kawan dia kebanyakkannya isteri-isteri jauh di kampung sana.


Pilihan chenta hati saya hari ni adalah roti jala lagi. Mula-mula tu katanya nak buat pankek makan dengan kari ayam tapi pada saya cam tak berapa kena lah pula kan. Bincang punya bincang maka persetujuan bersama memilih roti jala. Almaklum lah chenta hati saya dah jadi pakar dah dalam mengirai roti ni hah!


Bahagian suami saya...kirai roti jala dan bahagian saya menggulung sebab dia gagal sikit kalau bab menggulung ni. Jadi perlukan kerjasama berdua lah...baru lah harmoni rumahtangga. Untuk resepi roti jala boleh tengok kat SINI


 Sebelum dia balik keja lagi saya dah siapkan kari ayam bersama ubi kentang cincang. Kira kalau ada rezeki saya meniaga roti jala ni, memang pelanggan saya akan puas hati lah dapat kari ayam yang di ambil bahagian isi-isi sahaja. Potongan ayam pula takde lah kedekut. Ya lah...kalau nak kepuasan kena letakkan diri kita sebagai pelanggan tapi kalau nak keuntungan jer, jawab lah sendiri!


Menu simple kami berdua di hari ke-12 : Kurma + Nasi putih + Ikan kering + Telur bungkus + Ulam timun + Sambal belacan + Roti jala + Kari ayam + Teh o panas + Air oren.
Alhamdulillah walaupun lauk simple-simple jer kami bertambah-tambah nasi. Chenta hati cakap...puas makan selera kampung camni.

Bila malam menjelma pula...




Masa untuk menyicah pula la! Hari selasa hari tu pegi ke pasar tamu, terjumpa lah orang menjual buah mempelam dengan banyak sekali. Bila dah di goda...maka terbekenan lah saya ni hah! Beli lah 5 biji dengan harga RM 2. Chenta hati pula tergoda dengan buah jambu air dan terbeli juga RM 2.

Jadi petang kelmarin awal-awal lagi saya dah siapkan sambal cicah untuk buah-buah yang di beli. Bukan apa..kalau tunggu malam hari baru nak buat maka tak lah! Perut dah kenyang berbuka dah malas la nak godek-godek kat dapu lagi kan...

Mai saya kongsikan sikit resepi saya buat sambal cicah yang tak seberapa ni...

SAMBAL ROJAK BUAH

Bahan-bahan :
Cili kering - Rendam dengan air panas
Cili padi
Belacan
Kicap
Asam jawa
Gula
Gula merah - Masak dengan sedikit air dan tapis
Garam
Kacang tanah - Di sangai dan tumbuk kasar

Cara buat :

  1. Campurkan kesemua bahan dalam blender dan kisar hingga sebati
  2. Masukkan dalam bekas dan gaulkan dengan kacang tanah
  3. Dah siap untuk di cicah atau di gaulkan sebagai rojak
  4. Simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama
SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...