Kalendar Dcomey

Sunday, July 29, 2012

Roti Jala

Iftar hari ke-8

Lepas cite berbuka puasa berempat kini kembali berbuka puasa berdua seperti sediakala. Moga-moga tahun depan dapat lah berbuka bertiga pula...Insyaallah. Tolong lah doa-doakan moga kami cepat-cepat di kurniakan zuriat ya. Terima kasih...

Sekarang masih menikmati hidup berdua...honeymoon year katakan!

Juadah berbuka berdua kami semalam :  
Nasi putih + kurma + sambal telur pecah + Ikan rebus + air asam tomato + roti jala vs kari rusa + milo panas + nescafe panas

 Semalam chef saya berkeinginan nak membuat roti jala. Idea tercetus dari saya lah yang ngidam tengok gambar roti jala yang adik saya hantarkan semalam tu. Dia pun baru belajar cam saya juga buat roti jala ni. Bila somi berminat nak buat roti jala dan pikir kan lebihan kari rusa semalam masih  ada...maka gigih la kami mencari acuan roti jala ni. Nasib baik ada jual juga...

 Mula-mula buat 1 adunan jer...tapi terfikir nak bersedekah sedikit untuk kawan-kawan somi maka tambah lagi buat 2 adunan. Alhamdulillah...pandai juga somi saya menjala. Saya siap cakap lagi...tahun depan kita meniaga roti jala kat bazar ramadhan lah, sebab tak nampak pun orang menjual roti jala ni. Insyaallah...

Comel tak hasil menjala somi saya ni...saya mik bahagian menggulung ja! Part yang paling susah tu...

Ok buat kawan-kawan saya yang tanya resepi roti jala ni, sila tengok kat bawah ya! Terima kasih

ROTI JALA

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Pewarna kunig - saya letak 1 sudu kecil kunyit

Buat begini :
  • Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati - saya campurkan semua bahan dalam bekas lain dulu. Kacau hingga sebati baru saya blend
  • Perapkan selama 1/2 jam - saya tak perap pun
  • Panaskan kuali leper non-stick dengan api sederhana
  • Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala
  • Tebar / kirai adunan dalam kuali dan biarkn roti jala hingga masak
  • Angkat dan gulung ikut citarasa masing-masing 
SELAMAT MENCUBA
Terima kasih kepada tuan punya resepi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...