Entry ni ada lah entry tertinggal saya yang berzaman-zaman. Tak tahu lah sibuk apa lah sangat saya ni sampai ada gambar-gambar kek yang saya tertinggal nak masuk kat blog. Nasib baik ada masuk dalam facebook jadi boleh la semak semula..
Jadi harap ampun ya yang mana saya terlambat masuk gambar walaupun dah hampir setahun dah.
Tarikh tempahan : 30 Dis 2011
Tempahan dari : Kak Ana - kakak ipar saya yang merangkap taukeh kek juga ni
Dia saja jer nak tempah dengan saya sebab nak bagi kawan-kawan pejabat dia merasa kek coklat yang adik ipar dia buat pula sempena sambutan tahun baru 2012. Alahai...malunya saya sebab kakak ipar saya ni taukeh kek yang hebat. Kerdilnya saya kalau nak di bandingkan dengan dia. Tapi tak pa lah..rezeki saya kan. Dia minta kek coklat yang simple-simple jer. Tima kasih ya Kak Ana
Lebihan adunan kek tu saya try buat citarasa baru pula. Orang lain dah berzaman dah buat cuma saya jer baru nak buat..hahaha!
Kek coklat kukus berperisa oren pada kek, topping, layer dan hiasan. Fuhhh!!! memang sedap rupanya bila kek ni rasa oren. Tak muak di makan hampir separuh pun. Mak pula cakap sedap dari biasa..best! best!
Tempahan untuk kek coklat kukus perisa oren kini di buka ya!
No comments:
Post a Comment