Adat hidup berkampung kalau ada kendurri kendara mesti ada berbalas-balas bekas untuk hantaran. Keluarga kami pun macam tu juga. Kali ni saya dan adik buat hantaran balasan bekas untuk anak kawan mak pula.
Saya buatkan kek dan adik minta saya buatkan kek cawan bagi pihak dia.
Tarikh : 12 Nov 2011
Hantaran untuk : Shiela dan Zabidi
Jenis kek : Kek coklat kukus + Kek span strawberry + Kek cawan vanila
Alhamdulillah...walaupun warna tema kami lari dari warna tema pengantin namun pengantin tetap menerima dengan penuh pujian.
No comments:
Post a Comment