Kalendar Dcomey

Saturday, August 4, 2012

Iftar hari ke-14

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni dah setengah bulan dah kita berpuasa. Dah masuk hari ke-15 dah hari ni. Syukur ke hadrat ALLAH mengurniakan saya kesihatan dan kekuatan yang sempurna untuk menjalani ibadah di bulan yang mulia ini.

Saat ni dah mula menghitung hari dah saya ni...Bukan menghitung hari nak raya tapi menghitung hari nak balik kampung. Owhh...lambat jer rasa nak sampai hari tu. Hati berbunga-bunga bagai nak balik di hari raya tapi balik kampung seminggu selepas raya hokey! Tapi tak pe...janji balik raya juga. Raya kan sebulan... Dalam suka ada dukanya sebab saya bakal meninggalkan suami tercinta kesorangan di perantauan ni. Huhuhu....Insyaallah panjang umur dan murah rezeki kita raya haji baru kita jumpa pula ya chenta hati saya...Peluk kamu erat-erat!


Tutup kejap mood nak balik kampung tu..sekarang kita cite pasal juadah berbuka kami berdua semalam. Semalam en asben cakap dia nak goreng mee. Saya menurut perintah jer. Lagipun memang saya suka bila dia yang masakkan untuk saya. Hehehe..


Juadah kami semalam...Mee goreng en asben gorengkan + popia basah saya buat + tart telur bazar ramadhan + ais kacang bazar ramadhan + milo ais en asben bancuhkan + kurma


Aktiviti saya sepanjang petang semalam adalah membuat popia basah. Dah berhari-hari dah ngidam nak makan popia basah ni. Pegi mencari kat bazar ramadhan takde lah pula di jualnya. Ya lah...mana nak sama macam bazar ramadhan kat tempat sendiri kan. Kalau dah ngidam sangat maka kena lah buat sendiri.

Tengok resepi dan cara sis Azlita Masam Manis buat cam senang jer jadi saya pun nak juga lah try buat cam dia. Sis Azlita Masam Manis ni memang saya kagum sangat dengan hasil tangan magik dia tu. Semua hasil masakan dia menarik sangat. Kalau korang tak caya cuba masuk ke blog dia tu..terpegun beb!

Maka saya pun mencuba lah...

POPIA BASAH
Resepi asal : Umie@myresepi.com
Sumber : Azlita Masam Manis
Oleh : ItaComey@http://dcomey.blogspot.com

Bahan-bahan :

KULIT POPIA
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
Secubit garam

Cara-cara : Boleh juga rujuk di MY RESEPI

  1. Campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk adunan
  2. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2 jam
  3. Letakkan sesudu adunan kulit popia ke dalam kuali leper yang tak melekat
  4. Ratakan adunan tadi dengan arah putaran jam sehingga nipis
  5. Masak sekejap kemudian tarik kulit popia perlahan-lahan dari kuali
  6. Angat kulit popia dan letak atas pinggan. Boleh di tindan-tindan sebab dia tak melekat
INTI
1/2 biji kobis - di ricik halus
3 biji lobak merah - di sagat halus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering
  2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang di kisar tadi
  3. Kemudian tambahkan sos tiram dan garam
  4. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu
SAMBAL
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
Minyak untuk menumis
Garam
Perasa
Kacang kisar
Bawang goreng


Cara-cara :
  1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing
  3. Masukkan kicap, gula perang, garam dan perasa
  4. Masak hingga sedikit pekat

Cara membuat keseluruhan popia :
  1. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
  2. Letak satu sudu besar inti dan taburkan bawang goreng
  3. Lipat macam biasa dan gulung
  4. Sedia untuk di makan
SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...