Kalendar Dcomey

Sunday, August 12, 2012

Biskut Topi

Assalamualaikum

Sihat ke kawan-kawan saya hari ni? Moga-moga semuanya sihat lah.. Dah berapa balang dah biskut raya yang korang buat? Dah sakit-sakit pinggang lebam-lebam mata dah tu...harus dah berbalang-balang dah ler tu.

Alhamdulillah...saya semalam baru siap biskut raya untuk balang yang kedua.


Tahun ni nak try buat biskut raya lain dari tahun-tahun sebelum ni. Seperti biasa lah...saya mesti akan selongkar dapur kak Azlita untuk mencari resepi dan idea-idea biskut raya yang best. Alhamdulillah...banyak resepi dan cetusan idea dari dia yang saya cuba dan tak pernah mengecewakan.


Selepas mencuba buat biskut mama carey rama-rama macam kak Azlita, semalam saya cuba buat biskut topi yang femes sekitar tahun 80an tu pula. Comel-comel jer tengok hasil tangan magik kak Azlita jadi tergoda lah saya. Mohon kongsi resepi ya kak Azlita!

Ok jom tengok resepi dia pula...

BISKUT TOPI
Sumber : Zilla + Azlita

Biskut :
180 gm butter / margerin : lembutkan
145 gm gula halus / gula perang - saya gunakan gula halus
1 biji kuning telur : simpan putih telur untuk icing
1 sudu teh esen vanila - saya gunakan oren paste
1/2 sudu teh baking powder
60 gm tepung jagung
60 gm tepung kastard
Tepung gandum / tepung ros secukupnya : tiada sukatan - saya sukat dalam 250 gm

Panaskan oven pada suhu 170c bergantung pada oven masing-masing
Sediakan loyang pembakar. Leserkan dengan sedikit butter dan ketepikan

Pukul butter dan gula halus dengan speed sederhana hingga kembang
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus memukul
Perlahankan speed mixer. Tambahkan baking powder, tepung kastard dan tepung jagung. Gaul rata
Masukkan tepung gandum / tepung rose sedikit-sedikit ke dalam adunan sehingga aduanan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada jari
Pastikan jangan terlebih tepung supaya adunan tidak terlalu keras

Canai adunan nipis, di atas 2 lapik plastik supaya adunan tidak melekat-lekat
Terap adunan dengan acuan bulat sebesar duit syiling 50sen - saya guna muncung botol yang telah di potong
Susun atas loyang pembakar
Canai lagi adunan kali ni tebal sedikit anggaran 1 cm tebalnya
Terap pula adunan dengan acuan bulat sebesar duit syiling 5 sen - saya guna bontot nozzle (^_^)

Nahhh! Acuan nak buat biskut topi ni takde lah susah pun. Tak payah nak keluar modal pun. Saya guna 2 benda  kat atas tu jer untuk hasilkan biskut topi. Senang jer kan...kau hado?? hahaha...

Letakkan ia ke atas adunan terapan 50 sen tadi
Tekan sedikit supaya ia membujur sedikit


Bakar dalam oven dengan suhu 170c api bawah selama 20-25 minit atau sehingga biskut masak sempurna
Sentiasa perhatikan biskut dalam oven kerana ia mudah hangus
Bila dah masak biarkan biskut sejuk sepenuhnya

Sekarang buat icing untuk hias atas topi pula

Icing :
1 biji putih telur : yang kita simpan tadi
200 gm gula icing
1 sudu teh jus perahan lemon - saya guna jus limau nipis

Pukul telur hingga kembang dan gebu
Kemudian masukkan gula icing dan jus lemon dan putar hingga kental
Bahagikan adunan kepada beberapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan
Masukkan dalam piping beg dan paipkan atas biskut. Buatkan bentuk riben dan bunga



Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing
Biarkan icing keras dan simpan dalam bekas kedap udara


Nota jari : 

  • Andai kata icing dah menjadi keras, cairkan semula dengan menambahkan telur kembang tadi dan jus limau
  • Andai kata icing guna tak habis pula, jangan di buang tetapi di simpan dalam peti sejuk dan boleh di gunakan semula. Cairkan dengan cara kat atas.


SELAMAT MENCUBA

2 comments:

ANIM said...

nak makan pun "sayang"..heeee

Unknown said...

To : Anim
Klau tgkkn rupa tu mmg syg jer nak mkn, tp bila dh mula mkn ssh plak nk brenti. Sedap dgn rasa oren...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...