Kalendar Dcomey

Saturday, August 11, 2012

Biskut Mama Carey

Assalamualaikum dan selamat malam

Tengah buat apa tu? Membakar biskut raya lagi ke? Alhamdulillah, saya petang tadi dah mai dah mood nak buat biskut raya. Walaupun mood raya tahun ni masih lagi suam-suam kuku..namun biskut raya tetap saya buatkan juga.


Tergoda dengan kecomelan biskut MAMA CAREY yang sis Azlita Aziz tu buat versi rama-rama, maka saya pun nak cuba buat cam dia juga lah. Seronok pula buat rama-rama ni rupanya...


Tapi lorek rama-rama tu saya buat 2 warna dan perisa. Merah untuk rasa strawberry dan hitam untuk cappucino. Semerbak jer bau harum strawberry dan cappucino ni.


Suka saya tau bila dapat buat mama carey versi rama-rama ni. Terasa comel sangat-sangat tau...Terima kasih untuk tuan punya resepi asal ni Kak Wan dan Sis Azlita yang mencetus idea rama-rama ni.

BISKUT MAMA CAREY
Sumber resepi : Kak Wan
Sumber idea : Azlita Masam Manis
Oleh : ItaComey

Bahan-bahan :

BISKUT
200 gm mentega
100 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan di ayak :
260 gm tepung red rose / tepung gandum - saya guna tepung gandum 
50 gm tepung jagung
50 gm susu tepung

Buat begini :
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati
  2. Masukkan kunig telur dan esen vanila dan terus memukul
  3. Masukkan bahan yang di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
  4. Masukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit
  5. Panaskan oven pada suhu 150c. Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter dan ketepikan
  6. Keluarkan doh dari peti ais dan canai di atas 2 lapik plastik supaya ia tidak melekat-lekat semasa di gelek
  7. Terap dengan acuan pilihan. Susun di atas dulang pembakar
  8. Bakar dalam oven dengan suhu 150c selama 10 minit. Bakar setengah masak sahaja kemudian sejukkan

ICING
1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
90 gm gula icing

Buat begini :
  1. Pukul putih telur hingga kembang
  2. Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan kelajuaan tinggi hingga adunan likat - saya ayak dulu tepung dan gula
  3. Masukkan adunan dalam piping beg
  4. Paipkan icing atas biskut tadi
HIASAN
Coklat emulco / Manik bewarna - saya guna strawberry dan cappucino paste

Buat begini:
  1. Celupkan lidi ke dalam coklat emulco dan lorekkan atas biskut yang dah di letak icing atau boleh taburkan manik bewarna
  2. Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150c selama 10 minit lagi.
  3. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Nota jari :-

Seperti Sis Azlita Aziz yang saya ikut :
  • Untuk dapatkan icing yang putih, biskut yang di bakar pertama sebelum letak icing bakar sampai masak atau 3/4 masak
  • Lepas letak icing bakar sekejap jer...sampa icing keras saja lepas tu dah boleh angkat. Kalau di biarkan lama dalam oven takut icing menjadi kuning
  • Pastikan suhu oven bertepatan
Dari saya :
  • Letak icing dalam 3 biji biskut dulu kemudian terus buat lorekkan sebab nanti icing dah keras dan tak boleh nak lorek dah. Saya dah kena lah tu!! (=_=)
  • Part lorekkan tu memang saya ambil masa lama jadi bila dah siap lorek lebih kurang 20 biji biskut terus saya bakar. Kalau lewat bakar hasilnya tak cantik! 


1 comment:

Unknown said...

Hai . .jadi x resepi ni ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...