Alhamdulillah rezeki laut lagi..Kali ni en somi bawa balik sekor ketam yang sebesar talam. Bagai nak melompat tinggi-tinggi jer bila tengok ketam ni haaa...
Pikir-pikir apa yang boleh masak dengan best si mr crab ni...
Teringat masa dulu-dulu masih bekerja suka sangat pegi makan nasi ketam kat Juru...so nak buat ketam bercili la....
Waaaa....akhirnya dapat juga buat n makan ketam macam kat Juru tu. Sedap!
Nak try buat?? Ok ni resepi nya...
KETAM BERCILI
Sumber : Hazel@myresipi.com
Bahan-bahan ( 4 orang )
• 5-6 ekor Ketam
• 8 ulas Bawang Putih - dikisar
• 15-20 Cili Kering - dikisar
• 1/2 botol Sos Cili (size kecil)
• 1/2 botol Sos Tomato (size kecil)
• 2 sth Cuka (optional)
• Garam & Gula (secukup rasa)
• 2 biji Telur (dikocok)
Cara-cara
1. Rebus/kukus ketam hingga kulitnya bertukar warna (kemerah2an) - aku pilih cara kukus manis sikit isinya
2. Selepas itu, kopek kulitnya & bersihkan. Sepit ketam pula harus diketuk supaya mudah dimakan isinya.
3. Tumis bawang putih yg tlh dikisar hingga naik bau. Baru masukkan cili kering dan tumis hingga garing.
4. Kemudian masukkan pula sos cili & sos tomato. Gaul rata.
5. Bila sudah agak garing, masukkan pula cuka, garam & gula.
Masukkan 1/2 cawan air bersama ketam yg tlh dibersihkan tadi. Gaul rata.
6. Tuangkan telur yg tlh dikocok. Biarkan 10saat. Baru balik2an ketam.
7. Sajikan ketam dgn sedikit hirisan daun ketumbar.
Nota conteng :
- Aku guna sekor ketam yg agak besr utk 2 org
- Bahan2 ku sesuaikan utk sekor ketam
- Ketam ku kali ni x letak sos sbb xde stok k
- Ku tambahkan potongan bawang besar utk menyedapkan lagi ketam ni.
No comments:
Post a Comment