Kalendar Dcomey

Wednesday, May 30, 2012

Milk Carrot

Di malam hari tatkala sedap jari-jemari montel ni mengodek2 gosip kat 'mukabuka' sambil sesekali mata yang dah segan dibuka tapi tido x mahu ni ngintai CSI kat AXN tu...
En somi kesayangan membuat permintaan manja dimalam hari...Teringin nak minum carrot susu sejuk-sejuk ais gitu. Walhal baru pas kena nasi goreng ngan teh o panas dah.

 Nama nasi goreng ni usah kau tanya mengapa begini sebab en somi yang berikan...hahaha

Kalau nak ngikutkan tahap M-A-L-A-S tu memang dah tebal sangat dh tapi demi ganjaran pahala yang besar maka aku dengan riang hati bingkas bangun ke dapur dengan kasih sayang

 

Kalau nak ngikutkan tahap M-A-L-A-S tu memang dah tebal sangat dh tapi demi ganjaran pahala yang besar maka aku dengan riang hati bingkas bangun ke dapur dengan kasih sayang.

Banyak khasiat karot ni..bleh jenguk kat SINI ya! 


Ni cara aku buat..Lebih kurang sama jer dengan resepi-resepi lain


CARROT MILK
Bahan-bahan : *Untuk segelas jer ni
1/2 batang karot - cuci, buang kulit dan potong kecil-kecil
1 gelas air sejuk - sukatan segelas jangan terlalu penuh yang nak diminum nanti
1 camca besar susu pekat
Sedikit ais kiub
Secubit manja garam

Buat camni :
  • Campurkan semua bahan kecuali susu dan ais kiub di dalam bekas pengisar
  • Kisar sampai halus dan tapis masuk kedalam gelas
  • Masukkan susu dan kacau sebati
  • Masukkan ais kiub dan siap!
Alhamdulillah...hilang dahaga en somi di malam hari.Muah!
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...