Kalendar Dcomey

Saturday, June 9, 2012

Kek Buah Perisa Oren

Stok buah-buah kering dah lama dah dok bertapa kat dalam peti sejuk tu. Teringin nak buat kek buah pun dah lama sangat dah tapi menunggu mood kerajinan sebelum ni tak datang dalam diri ni. Tapi hari ni mood tu dah sampai..Bagus! Bagus!

Selongkar resepi kat MYR tu terjumpa la resepi dari : Lilydvalley

Tabur-tabur coklat rice skit

Hasil kek buah ku...sungguh sedap!

KEK BUAH PERISA OREN
Sumber : MYR - Lilydvalley

Bahan-bahan ( 1 loaf )

  • 150 gm mentega/margerin
  • 120 gm gula perang
  • 160 gm tepung gandum/tepung cake/superfine
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh orange paste
  • 3 sudu besar orange juice
  • 150 gm buahan campuran

Cara-cara

  1. Rendam buahan campuran di dalam orange juice & ketepikan.
  2. Ayak tepung bersama baking powder-ketepikan,
  3. Pukul gula & mentega hingga kembang
  4. Masukkan telur satu persatu.
  5. Masukkan orange paste
  6. Kaup balikkan tepung diselang seli dengan buahan campuran.
  7. Masukkan ke dalam loyang pembakar ( loaf tin) dan bakar pada suhu 170C selama 40-50 min atau hingg masak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...