Kalendar Dcomey

Wednesday, June 6, 2012

Cendawan Sisik

Cendawan jenis kecil-kecil banyak di jual kt pasar tamu kudat ni. Tiap-tiap minggu kalau p pasar tamu mesti nak beli cendawan sisik ni. 

Ni la rupa cendawan sisik tu. Beli RM 1.00 jer tapi tahap banyak dia tu penuh beg plastik tangkai merah yang kecil tu. Boleh makan seminggu..hahaha

Mula lah masak segala bagai dengan cendawan ni..Hari tu beli buat masak lemak cili padi...pastu tukar selera buat goreng kicap pula. Kali ni buat masak goreng kunyit berlada pula...

CENDAWAN SISIK GORENG KUNYIT
*Hidangan untuk sepinggan jer ye!

Bahan-bahan :
1 Genggam cendawan sisik - rendam dalam air garam 
1 biji bawang besar - dipotong
1/2 batang karot - dipotong
3 biji cili padi - di ketuk
3 ulas bawang putih 
2 tangkai daun ketumbar - dipotong 
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit lada hitam kisar

Buat camni :
  • Cendawan di toskan dan di gaul bersama garam + kunyit + lada hitam
  • Tumis bawang putih + cili padi dengan sedikit minyak hingga naik bau
  • Masukkan cendawan tadi dan goreng sebentar
  • Masukkan karot + bawang besar + daun ketumbar dan gaul sebati
  • Siap dimakan dengan nasi panas-panas

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...