Kalendar Dcomey

Thursday, June 14, 2012

Cakoi kembar Pak Tongku

Akhirnya...berjaya dalam kecewa menghasilkan kuih yang di minta-minta oleh en asben sejak seminggu lalu. Kecewa sebab rupanya tak macam Aaron Aziz pun :(
Aaron Aziz pun ntah x pernah ngadap pun kuih cakoi atau lebih suka ku panggil manja pak tongku.

Aiii...saya pak tongko a.k.a cakoi..hahaha...dah macam cucuq pisang dah rupanya!

Cite di sebalik kejadian :
Chenta hati dah menyanyi2 nk mkn kuih ni sejak minggu lepas lagi. Alahai...saya mn la penah buat ni. Makan pun baru sekali jer tu pun masa masih keja dlm finance dept dulu. My ex-opismate Ms Cheng + Ann Nee yg ajar mkn. Dh lama tu...dh lupa pun cmne rasanya...tapi demi kekasih hati try buat juga la...alhamdulillah

 walaupun rupanya xde la ensem sgt tp rasanya hubby kata sedap dh.. :)

Thanks buat en somi yg 2long saya regang dan campakkan adunan ke dlm myk pnas...Katanya saya macam takut-takut jer dengan minyak tu. Elloooooo en somi...xdenya saya takut dgn minyak tu. Tengok jer lah  tanda-tanda cinta yg di tinggalkan minyak panas pada tangan-tangan saya ni... 

 Cicah pula dengan sambal ikan bilis masin ni....sedap tu!!

Resepi saya godek dari dapur HaSuriah Tahir ibu gojes yg sangat suka memasak tu. Hasil masakan dia pun comel-comel macam dia. Sangat jeles saya...

Walaupun x ngikut resepinya 100% namun dah cukup buatkan saya kembang idong dh dpt buat cakoi ni.
KUIH CAKOI
resepi: MamaFami
sumber: Hasue

Bahan-bahan :

400 g tepung (diayak) - Saya guna 1 cawan tepung je
1 cawan air - Saya guna sedikit air je
1 sudu besar majerin (dicairkan) - saya guna 1/2 sudu
1 sudu kecil garam - saya guna secubit je
3 sudu besar gula - saya guna 1 sudu
1 sudu besar susu pekat manis - saya guna 1/2 sudu
1 kuning telur - x letak
2 sudu kecil yis segera - saya letak 1 sudu
1/2 sudu kecil soda bikarbonat - saya letak sikit je
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar minyak- saya x tambah
1 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih - saya tambah lada hitam kisar

Kaedah :

1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

Dah dapat permintaan ulangan dari en somi dah...suh bikin untuk breakfast pagi sok
Insyaallah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...