Kalendar Dcomey

Monday, June 11, 2012

Asam Pedas Daging

Pagi Isnin yang indah...Awal-awal lagi dah siapkan breakfast donut coklat + teh o panas untuk santapan pagi hari buat somi tercinta. 
Waaaa....untungnya en somiku...Muax! Muax!  
Kalau aku x puji diriku sapa lagi nak puji kan?!

 Wajah bajet comel masa masih bekerja...saiz L lagi time ni hah!

Masa masih bekerja dulu xde plak nak jumpa Isnin yang indah camni hahh...Asal datang hari Isnin jer mesti mood malas gaban jer nak pegi keja. Salah satu sebabnya...menghadapi jammed melampau jer nak pegi keja pastu nak mulakan keja dengan keja pembuka minggu yang serabut bagai..huhhh!!

 Kekacauan hari Isnin dalam beg tangan ku suatu masa dulu...Ya lah...kadang-kadang Isnin juga membuatkan aku sedap tarik slimut pastu terbabas la tido tu. Harap bangun tido + mandi + pakai baju...pegi keja. X sempat dah nak touch-up segalanya dah...So buat kt opis jer la!!
(^_^)

 Sebelum ngantor en asben pegi keja di muka pintu pagi tadi sambil bersalam manja (^_^) ...manja la sangat kau dengan berbaju kelawar belum mandi lagi... sempat lagi tanya cinta hati teringin nak makan pe untuk lunch nanti. Tapi xde menu plak dia kasi hari ni...
Camtu ikut menu selera tekak cik puan je lah hari ni. Tekak plak meminta-minta nak makan asam pedas jer hari ni. Nak try buat asam pedas daging plak hari ni...

Ntah la en asben suka ke x. Try je buat dulu...hope dia suka lah.

Yeahh! Yeahh! Dah siap dah asam pedas daging untuk lunch hari ni. Nunggu en asben balik jer nak mamam ni. Resepi ni hasil godek-godek kat google jumpa lah resepi dari Wana Yusuf.

ASAM PEDAS DAGING 
Sumber :  Wana Yusuf

Bahan-bahan :

600 g daging tetel ( dipotong dan dibersihkan)
1/2 cawan air asam jawa pekat
2 -3 tangkai daun kesum
garam secukupnya
gula secukupnya
serbuk perasa

Bahan kisar : *tumbuk jer sbb malas nk kluarkan blender dah...
20 biji cili kering – di rendam *ku guna cili yang dah siap kisar dah dalam 3 sudu besar
1 inci kunyit hidup *ku guna serbuk kunyit jer
1 1/2 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang  kecil
4 ulas bawang putih
sedikit belacan – jika suka *ku letak
Cara penyediaan :
1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging, kacau seketika dan masukkan sedikit air ( bergantung pada banyak mana kuah yg anda inginkan ).
3. Masak hingga daging empuk.
4. Masukkan air asam jawa dan sesuaikan rasa.
5. Masak lagi hingga kuah sedikit pekat dan bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan daun kesum.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...