Petang-petang hari dalam cuaca panas-panas melekit ni...rajin plak aku berjalan sambil nyanyi-nyanyi jenguk blog kawan-kawan. Rajin kawan-kawan blogger aku ni hapdet blog. Tak macam aku ni ha..byk dh entry tertunggak bersusun jer menunggu giliran.
Ok hari ni jari jemariku berjalan ayu ke blog Kak Wan . Tokey besar ni! Jalan punya jalan terjumpa pula entry Kak Wan yang boleh menampah ilmu buat aku yang cetek ni..Ilmu mengenali tepung...hahaha
Ok jom kita tambah ilmu bersama-sama
*Semua gambar ku ambil dari google
Ada pelbagai jenis tepung di pasaran dan setiap jenis
mempunyai fungsi yang berbeza dalam penyediaan kuih muih, kek, pastri, biskut
atau roti. Oleh itu perlu bagi anda memahami jenis-jenis tepung yang
hendak di gunakan bagi memastikan anda mengunakan jenis tepung yang betul dan
mendapat hasil yang memuaskan.
Tepung High Protein (Tepung Roti)
Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya
yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik)
pada roti apabila di uli.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti roti, bun dan
donut
Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)
Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine,
tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan
tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek, kulit
tart dan pai.
Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur
dengan serbuk penaik dan soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi
serbuk penaik.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan kek
Tepung Red Rose (Cookies Flour)
Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies.
Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan
perangup. Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk
membuat pelbagai jenis biskut. Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung
kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada
resipi.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan biskut
Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)
Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan harganya lebih
rendah seperti cap wau, cap lili, cap kunci dan cap sauh. Mempunyai kandungan
protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan
biskut. Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak
2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
Kegunaan : Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.
Tepung Hongkong (Waterlily Flour)
Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk
membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut.
Kegunaan : Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih
Tepung Hoen Kwee
Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk
membuat kuih muih dan puding. Boleh di dapati dalam paket-peket kecil
dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan : Kuih-muih dan puding.
Lain-lain Jenis Tepung
Antaranya ialah Tepung kastad, Tepung Jagung, Tepung
Kentang, Tepung Sago, Tepung Susu. Kesemua jenis tepung ini biasanya di
gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih,
puding, kek dan biskut.
Sekian, Terima Kasih
No comments:
Post a Comment