Pagi-pagi aku dh rindukan bubur nasi kegemaran arwah tok wan. Dulu masa arwah masih ada...bila dia sakit mesti dia nk mkn bubur ni...
Semasa hayat tok wan...dia memang rapat dengan aku. Hinggakan sebelum arwah 'pergi' 10 tahun dulu dia ada meninggalkan wasiat untuk ku.
Arwah tinggalkan seekor lembu untuk majlis kenduri kahwin ku.Tapi masa wasiat tu aku belum pun ada calon suami. Memang hajat untuk arwah tengok aku cucu sulung bernikah masa tu x kesampaian termasuk lah arwah tok pun x sempat tengok juga.
Allah lebih sayangkan mereka. Rindunya dgn
arwah tok wan n tok.
Al-fatihah
Moga mereka ditempatkan bersama org2 beriman
'disana' .
Jom buat sendiri...
Resepi ni untuk semangkuk je..so korang tambahkan lagi bahan-bahannya klau nak buat untuk makan 2-3 orang ok!
BUBUR NASI TOK WAN
Bahan-bahan :
Segenggam beras
Halia - Di mayang
Lobak merah - Potong dadu
Isi ayam - Potong kecil-kecil (boleh juga gantikan dengan daging/udang dll)
Sayur sawi
Lada hitam - Tumbuk
Bawang putih - Cincang halus
Sedikit minyak
Sedikit garam
Air secukupnya
Buat camni :
- Beras di tos dan di rebus hingga kembang dengan air yang banyak (anggaran air mengikut selera anda)
- Masukkan isi ayam, halia dan rebus lagi
- Masukkan lobak merah, lada hitam, garam dan sayur sawi
- Goreng bawang putih dengan sedikit minyak hingga garing. Kemudian tuangkan bawang putih bersama minyak bawang ke dalam bubur nasi
- Siap di hidang
Selamat mencuba
2 comments:
salam kak ita ^^ sedap bubur tuu.. tun kalau xde idea nk masak, blend nasi lebih n buat bubut ^^
al-fatihah utk arwah nenek akak.
Tq tun_telani
Post a Comment