Kalendar Dcomey

Sunday, May 6, 2012

Inti Coklat

Coklat?? Apa jer yang ada coklat mesti aku suka. Kali ni buat inti coklat pula. Inti coklat ni memang sesuai untuk sapu atas roti...makan dengan tart dan apa saja la.

Percubaan pertama buat inti coklat

 Buat lagi...simpan dalam peti sejuk bila-bila nak makan kluar jer

Sapu atas roti camni la paling best

Ok jom buat sendiri

Sebenarnya resepi tulis masuk kitab simple-simple jer tapi bila dah siap nk post kt entry ni...aku dah lupa sumber resepi mik dari sapa. Now dah selongkar balik dari en google baru jumpa mik resepi ni dari AnnaQawina

CHOCOLATE FILLING
Sumber resepi : AnnaQawina
 
Bahan-bahan :
• 250 ml susu sejat@susu cair
• 180 ml air suam
• 180 gm gula halus atau gula kastor
• 60 gram mentega
• 60 gram serbuk koko
• 70 gram tepung jagung
• 1 sudu teh esen vanilla
 
Cara-cara :
• Campurkan susu,koko, air suam dan tepung jagung.Kacau
• Tapis kedalam bekas berisi gula
• Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan
• Kacau sampai pekat
• Campurkan mentega dan esen vanila
• Kacau sebati dan tutup api..sejukkan
• Simpan dalam peti ais

Nota conteng:
Kalau nak makan bila keluarkan dari peti ais tu dia keras sikit...don't worry korang boh sikit air suam dan kacau sebati. Dia lembut la balik...

2 comments:

tun_telani said...

Salam kak ita.. resepi sama ngan yg tun guna.. kalau blh letak la link sumber resepi asal =)

ItaComey said...

Salam Tun_Telani..xtually masuk resepi dlm buku passtu bila nk post dh x igt mik dari mana dh.Ni baru cari2 balik dh jumpa dh sumbernya..edit balik ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...