Kalendar Dcomey

Thursday, April 28, 2011

Muffin Coklat Pisang

Bermuffin di malam hari ya...hikhik
ni kisahnya bila pisang yg dibeli asalnya nk bt goreng je petang td tp lembik la plak bila digoreng...huhuh... 
sedih x dpt mkn goreng pisang puas2 & sedih sbb dok srg2 je mlm ni tnpa hubby yg kena brtugas mlm ni...ni la 1st time sejak kami bersama aku tido peluk bntal je..uwaaaaa
:(
xpe..jgn biarkan kesedihan itu menyelubungi diriku. Carik2 resepi pisang dlm myresepi tu trjumpa la resepi muffin ni yg di hadiahkan oleh yani...mmg aku suka try resepi yani ni sbb smuanya menjadi. thanks to yani...

Jom nengok muffin yg aku hasilkan dlm versi kecik molek nih...

 ni baru dok posing nk tunggu turn memBAKOR


haaa...ni yg dh siap sedia nk ngapp je...tp ngap srg2 dimalam hari x best gak..huhuhu
spt biasa la...aku ni kn pemurah so aku kasi sikit kt Fiza & C'Man
 ni utk bebudak 2 org tu yg baru balik pekena ayam penyet kt cafe bonda tu...diorang ade ajak aku join td tp segan la bila hubby xde...

enjoy eating!

yg nak resepi leh mik kt bawah ni ya...


>> Muffin coklat pisang <<
Sumber asal : yani@myresipi.com 

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 100g pisang
  • 100g tepung gandum
  • 50g mentega-cairkan
  • 20g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur- suhu bilik
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar >> aku boh susu cair je sbb xde stock mlm2 ni
  • walnut secukupnya (optional) >> aku tabur coklat rice
Cara-cara 
  • Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu - tak perlu kembang.
  • Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati
  • Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.
  • Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
  • Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
  • Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.
  • Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh. 
  • Letakkan walnut di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...