Kalendar Dcomey

Saturday, April 30, 2011

Kek Pisang Marble

Masih dlm mood : P-I-S-A-N-G
hr tu dh buat muffin pisang dh tp masih ada lg pisang nih...bagus tu mkn pisang byk sbb cepat jer proses pencernaanku.
Belek2 resepi kt myresepi tu ada jumpa resepi kek pisang marble ni...tp aku cuba derhakakan sikit ikut selera tekak ku..hikhik...ampun ya tuan tanah.

ok jom nengok my kek pisang marble
haaaa...nengok! nengok! gebussss kn?!
 ok yg ni versi blm di resmikan lagi okeyyy



haaa...yg ni versi dh dipotong & dh di rasa oleh ku sepotong...yummyy

 dpt 2 biji sbb loyang aku agak kecil


spt biasa la...faedah dr kerajinanku maka faedahnya adalah utk jiran tetanggaku
Fiza & C'Man
Azza

ok meh layan resepi ikut selera tekak ku plak...



Kek Pisang Marble
***
Bahan-bahan yg korang perlukan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan gula – aku x nak terlalu manis so kurangkan menjadi ½ cawan je sbb pisang dh manis
  •  1 sudu teh esen pisang – aku gantikan dgn esen vanila
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 1/2 cawan pisang lenyek  - lebih kurang 3 biji saiz sederhana
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan susu segar - aku gantikan dgn susu sejat
  • 1/2 sudu besar choc emulco - aku bt campuran sendiri : 1 sudu serbuk koko + ½ sudu susu pekat + ½ sudu susu cair
Buat camni :
  • Griskan Loyang dengan sedikit mentega.
  • Campurkan tepung, soda bikarbonat, baking powder dan garam - ketepikan.
  • Putar telur dan gula hingga kembang kemudian masukkan minyak dan diputar lagi.
  • Masukkan susu, esen vanilla dan pisang sambil diputar perlahan.
  • Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi dan kacau hingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan 1 bahagian dicampurkan dengan coklat yang dicampur tadi - kacau rata.
  • Letak satu senduk adunan asal, kemudian adunan coklat, selang seli hingga habis.
  • Lalukan chopstick kedalam adunan beberapa kali supaya menjadi bentuk marble. 

Camni rupanya bila dilalukan chopstik
  • Bakar selama 45 minit @ sehingga masak.  
 
SELAMAT MENCUBA!

1 comment:

Cantik Cupcake said...

comey:

amboi sakan buat kek, mai la htq cni cket


Nurul
http://cantikcupcake.blogspot.com/
013 530 5254

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...