Sumber : Mingguan Wanita - 27 Ogos 2010
Karipap Lebih Rangup
Bagi mendapatkan karipap yang rangup pastikan sebelum mengadun tepung gandum bersama marjerin, panaskan marjerin yang telah disukat terlebih dahulu bersama setengah cawan minyak masak. Biarkan mendidih dan selepas itu barulah tuangkan minyak cair tadi ke dalam adunan tepung dan uli seperti biasa
Sayur Dicelur Tetap Segar
Bagi menampilkan sayur seperti sawi dan kangkung kelihatan segar, sebelum mencelurnya masukkan sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk mencelur. Setelah dicelur, tos airnya.
Kurangkan Pedas Cili
Sebelum mengisar cili, goreng seketika dengan sedikit minyak. Kemudian tos dan barulah kisarkan cili tersebut. Pedasnya bukan sahaja berkurangan malahan warnanya akan kelihatan lebih cantik.
Santan Tidak Pecah Minyak
Menyediakan masakan yang menggunakan santan dikatakan remeh kerana terpaksa menunggu untuk mengacaunya bagi mengelakkan santan pecah minyak. Bagi memudahkan kerja, letakkan senduk di dalam periuk dan kecilkan api. Anda tidak perlu terlalu kerap mengacau gulai lagi.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment