Kalendar Dcomey

Monday, January 18, 2016

Cherating, Pahang - Part 2

....Love story from Cherating.

Urat saraf pun dah di regangkan...dan kawan kami pun dah sampai jadi jom la kita sembang-sembang ambil angin laut dulu.

Subhanallah....cantiknya ciptaanMu Ya Allah

Bunyi ombak sangat mendamaikan dan menenangkan hati dan perasaan. Alhamdulillah....masih lagi diberi nafas untuk menikmati nikmat dariMu ya Allah.

Isterinya si Faizal a.k.a Panjang dan anak depa Humairah yang mai sama-sama lepak dengan kami tepi laut ni. Depa dok dekat sini ja jadi dapat la jumpa lepas kerinduan sat.

Kenangan kita tercipta di sana....
Humairah pun dah cerdik dah, nak ayah dukung pi tepi laut ja...

Cik Puan pun nak juga selfie dengan Incik Tuan berdua-duaan feeling bercinta gitu. Memang dalam misi bercinta pun kannnn (Jangan muntah kelabu hokey!)

Jadikan malam ku lebih indah....jadikan siang ku lebih terang. Biarkan bunga mu mewangi....selamanya... (hentam saja la Akim!)

Tenangnya jiwa...

Humairah dah mula buat perangai dah, nangis ja dia masa di pantai. Moh la kita balik sambung rehatkan badan golek berjemaah.
Mengantuk rupanya dia...

Incik somi dengan sahabat yang kamcing sangat katanya keluar dengan urusan apa ntah depa sampai tinggai kami bertiga tergolek-golek sambil melayan tv ja di chalet.

Perut dah lapar tak terhingga dah ni!

Warung Awang Ikan Bakar, Cherating Pahang.

Aku seperti biasa la, bila pi bercuti atau jalan mana-mana je suka study tempat-tempat best sekitar tempat tu. Terutamanya sekali paling gigih study tempat makan la.
Dari review blogger-blogger yang baik hati, ramai yang cakap WAIB ni makan sedap dan harga berpatutan. Makanya...disini juga la pilihan kami untuk isi perut di malam itu.

Uncle Bok jadi babysitter Humairah dulu la ya...bagi chance mummy2 mamam dulu.
Tima kasih Uncle Bok....


Menu dinner pilihan aku dan somi untuk perut-perut kami malam tu... Ikan bakar (tak ingat dah ikan apa) + sotong celup tepung + kailan ikan masin + kupang masak pedas. Ikan bakar dia paling sedap di tekak aku.

Oren jus potong lemak kononnya...hihi

Mokcik harus lah pulun sesungguh hati meratah segala lauk-lauk sampai licin habis semua sekali.
Alhamdulillah....kenyang menyengkak perut kami. Agak-agak hangpa la, makan banyak tu berapa duit? Semua sekali termasuk air RM85 sahaja. Murah ka mahal?

Lepas Faizal & family dia balik, kami ronda-ronda sampai ke Kuantan plak. Incik somi kata nak bayar balik hutang dia kat aku tahun lepas yang kami mai Kuantan tak jalan-jalan mana pun tu.

Ya faham....kisah Kuantan kami dulu tu sebab masing-masing letih kan. Okey jom repeat!
Pusing-pusing tak kemana pun juga...heheh. Pi jumpa Kak Chik dgn somi dia ja kat Wan Satey. Tima kasih Kak Chik dgn somi belanja kami minum.

Depa nak bawak kami meronda Pantai Teluk Chempedak...tapi bila dah sampai dekat-dekat nak masuk parking dah, ngeri plak rasa tengok kereta berduyun-duyun. Tak jadi la kami nak teruskan misi...anyway tima kasih banyak-banyak buat Kak Chik dengan sominya yang melayan kami.

♡♡ ItaIzuwan_Love Story ♡♡

Next entry....Cherating Part 3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...