Kalendar Dcomey

Saturday, September 12, 2015

Brownies Kedut

Assalamualaikum

Sambung entry pasal kek besday my chenta hati kat sini la ya. Bukan pa...nak tempek kat entry besday depa kemaqin tu macam banyak pula gambar nak tempek. Heheh...


Kek pertama untuk besday incik somi yang di buat awal dari tarikh besdaynya, aku buatkan brownies sebab tahu sejak akhir-akhir ni dia teringin nak makan brownies.


Rasanya ni kali ke-5 dah kot cuba buat brownies sekedut yang boleh tapi tetap juga tak mau kedut sangat. Memang rasa brownies sedap sangat dah...tapi pelik tiap kali buat mesti tak kedut juga.


Tak kisah lah walau kedut sikit ja jadinya...asalkan ianya sedap. Brownies dah pakai dynars ni tu yang susah kedutnya. Hihi...

Kali ni try buat brownies resepi dari blog Kak Su Juicy Cafe yang baik hati selalu berkongsi resepi.

Tima kasih Kak Su...

COKLAT BROWNIES KEDUT
Sumber : Juicy Cafe

400 gm coklat compound - aku guna jenama beryl's yang coin tu
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko*


Tambahan ku :
100 gm badam biji - di bakar hingga perang dan cincang kasar
50 gm badam keping - di bakar hingga perang sedikit
Coklat compound yang di cairkan

Cara-caranya :
Satukan bahan bertanda (*) dan ayak
Satukan coklat compound dan mentega di dalam bekas stainless steel.Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Bila dah cair, tutup api dan angkat.



Dalam mangkuk lain...satukan gula perang, gula kastor, telur dan esen vanila. Gaul sebati.
Tuang ke dalam adunan coklat yang di cairkan tadi dan gaul kesemua adunan rata dan sebati.

Masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata. *Aku masukkan badam biji yang di cincang dan gaul sebati.

Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk di tarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.


Tuang dalam loyang dan ratakan. *Aku taburkan badam keping sebagai hiasan atas.

Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 160c selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka sedikit selama lebih kurang 15 minit.


Keluarkan dan potong. *Aku zig zag kan coklat cair atas nya.


Nota :
  • Jika mahu buat separuh adunan, gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci
  • Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • Gunakan mentega dan coklat compound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap
  • Boleh di tambahkan kekacang 100 gm jika suka

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...