Kalendar Dcomey

Thursday, August 13, 2015

Japanese Village, Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum

Okey selesai berposing sakan kat kota perancis itu, kami terbang pula ke Jepun. Wahhh gila beb...dari France terus terbang ke Jepun, dasyat betul ni!

Japanese Village, Bukit Tinggi Pahang

Dari Colmar Tropicale tu ada ja van putih dok angkut orang pergi ke kampung jepun tu. Sejam sekali kot perkhidmatan nya. Tapi kami memilih pegi dengan keta sendiri ja ke sana. Tak da la jauh sangat pun antara kampung jepun dengan kampung perancis ni.

Sampai je kat atas, keta dah tak boleh naik lagi. Parking kat bawah tu je. Ada diorang sediakan tempat parking. Okey fine!

Tapi...nak sampai ke puncak sebenar Japanese Village ni sangat memerlukan pengorbanan dan kegigihan yang besar beb!


Pengorbanan pertama panjat tangga yang entah berapa anak tangga daaa!


Perlu ada daya kegigihan yang tinggi walau nak sampai ke anak tangga last tu dah berapa kali aku berhenti pun ntah la.

Lepas habis anak tangga tu, ingatkan dah sampai dah la kampung jepun tu...no! No! No! Perlukan kegigihan dan pengorbanan yang double lagi sebab nya kena mendaki bukit dengan keadaan fizikal 45 darjah kot!

Tertonggek-tonggek la ahkak ni dik! Hilang 300gm lemak beb! Nasib baik pakai selipar ja...kalau pakai kasut tumit tinggi ka maunya cabut kasut ni.


Akhirnya...sampai juga kat kampung jepun ni. Ambik oksigen sat setelah pendakian yang menyemputkan.


Kat sini ada banyak cabang juga la untuk di lawati. Tapi memandangkan masa ada tu, kami hanya masuk Japanese Garden saja.


Taman jepun di negara jepun nu tak tau la rupa camna kan, maka nya apa yang ada di sini feling-feling la di jepun juga.


Bayangkan air terjun yang sangat-sangat sejuk di jepun dengan bau alam flora yang nyaman.

Posing-posing verangan versi kecomelan berganda!




Comel kan si awek jepun celupan utaqa tu....kiki

Kat dalam taman ni ada dua rumah kecil ala-ala rumah jepun la juga kan. Kat sini boleh bergambar pakai baju kimono dengan bayaran RM20 seorang yang boleh di pakai selama 15 minit.


Sebelum pi sana teringin rasa nak pakai gak kimono, tapi bila dah sampai sana keinginan tu macam takdak la plak. Takut takdak saiz comel aku ni sebenarnya. Ngee! Ngee!


Ambik gambar orang lain pakai kimono dah la. Ramainya pengunjung hari tu, kalau aku pakai kimono mesti aku la yang paling win. Hihi...


Dapat duduk berposing di depan pintu rumah jepun ni pun jadi la...


Alhamdulillah sat ja pusing kat dalam kampung jepun ni. Boleh la kalau korang nak pi melawat tengok apa yang ada kat sini.

Kat Bukit Tinggi ni ada banyak tempat-tempat yang boleh di lawati macam pegi tengok arnab, tunggang kuda dan buat aktiviti lasak tapi kami tak pergi pun tempat-tempat tu. Pada aku cukup la sampai dia Colmar Tropical dan Japanase Village pun dah bersyukur.

Perjalanan kami di teruskan ke Kuantan pula yang pada awal percutian hunnymadu kami memang incik somi nak je Kuantan pun.

Jom ke next entry!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...