Assalamualaikum
Samperit dahlia lagi...heheh. Kali ni mencuba lagi resepi dari kawan-kawan dan tertarik pula pada resepi yang di kongsi oleh Zack bakers dari Tawau yang berkongsi resepi di FB nya.
Antara semua resepi samperit dahlia yang dah aku buat, ternyata yang ni paling menambat selera. Cair di mulut....
Bahan-bahan mentah semua masih mencukupi...jadi apa tunggu lagi? Jom la kita membikin samperit dahlia lagi. Tengkiu Zack...
SAMPERIT DAHLIA
------------------------------
Sumber : Zack Nurzakiah
125 gm butter (ku guna planta)
75 gm gula kastor
1 biji telur kuning
100 gm tepung jagung @ tepung kastard (ku guna 50 gm tepung jagung + 50 gm tepung kastard)
50 gm tepung gandum
50 gm tepung ubi kayu
1/2 sudu teh esen vanila
Ceri untuk hiasan (ku guna manik gula)
1. Sediakan loyang yang di alas kertas minyak
2. Ayak kesemua tepung dan ketepikan
3. Pukul butter, gula, telur dan esen vanila hingga sebati (guna whisker ja)
4. Masukkan tepung yang di ayak tadi dan uli hingga sebati.
Kalau nak kaler maler boleh bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan 1 bahagian dengan warna pink seperti pilihan hatiku ini.
5. Masukkan doh dalam acuan samperit dan tekan dalam loyang tadi hingga habis adunan.
6. Hiaskan dengan ceri / manik
7. Bakar dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 160°c selama 15-20 minit sehingga dasarnya keperangan
8. Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas
Nota :
◆ Loyang boleh di gris dengan mentega juga TAPI kena gris betul-betul sebabnya samperit ni akan melekat kalau tak di gris betul-betul
◆ Teksturnya sangat gebu dan rapuh
◆ Hasil saya : 58 biji acuan plastik
Tak sempat nak rayabdah habis dah separuh. Sangat sedap dan wangi sekali...nyummm! Nyumm!
No comments:
Post a Comment