Memandangkan hari minggu adalah hari cuti dari berkursus untuk encik chenta hati dan kawan-kawan...jadinya aktiviti yang menyeronokkan adalah balik kg. Yeahhh!
Seawal celik mata lagi dah habaq dah kat encik chenta hati, pagi ni nak breakfast roti canai Aziz Teluk Air Tawar yang dah sekian lama tak makan tu.
Lokasi :
Dari Butterworth (jalan lama) lepas Sek. Men. Teluk Air Tawar tu...lepas lot rumah kedai di sebelah kiri, masuk ikut lorong kiri jalan tu. Gerai tepi tu ja...
Dulunya masa 1st time makan roti canai Pak Aziz ni lokasi tepi tokong nu.. tapi setelah ada pembinaan, kedai pun dah pindah ke lokasi ni.
Konsep kedai roti canai ni adalah layan diri. Berjalan pegi ambik sendiri roti dan kuahnya. Tapi kebetulan masa kami pintu orang tak ramai sangat...jadi adik yang keja situ ambilkan untuk kami.
Hihi...padahal hakikatnya aku terus duduk ja sebab dah lupa konsep layan diri tu 😆😆😆😆
Tapi takpa lah...demi si isteri, mengikut je lah dia. Tengkiu darling!
Kenyang perut balik kg...vrrooommm!
No comments:
Post a Comment