Lepas kemarahan pada kemalangan semalam, hari ni hati agak tenang sedikit dah. Mencari keredhaan dalam ketenangan pada diri ku memang agak lambat sedikit. Apa pun bersyukur masih di beri nafas di bumi ini.
Pagi-pagi lagi aku dah keluar cari kedai photostat sebab nak photostat dokumen-dokumen keta.
Dah siap semua baru cari makan. Awal-awal pagi tak tahu nak bawa haluan perut kemana dengan drive keta kemek camtu. Habis-habis pusing Seberang Jaya tu...akhirnya nasi ayam lemon kat Tesco juga yang jumpa. Alas perut ja la sebab nasi ayam tak menepatu selera.
Encik chenta hati pun dah selesai kursus di tengahari...masuk ke pukau lagi kami petang tadi untuk ambil geran my mr silver.
Ehheeh! Booking feri untuk kami je ka ni?
Selesai urusan...terus je balik ke tanah besar dengan misi isi perut hari ni nak menghala ke Taman Ciku, Bukit Mertajam.
Sebabnya.....
Nak membawa memori perut ni ke Restoran Sunan Drajat yang menjadi kesukaan ku makan pecal lele dan sate kambing kat sini.
Restoran Sunan Drajat, Bukit Mertajam
Lokasi :
3, Tingkat Ciku
Taman Ciku
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
10 pagi - 10 malam
Menu-menu yang ada :
Pecel lele (Keli), pecel ayam, pecel bebek (itik), sate kambing, bakso, mee ayam, rawon, soto ayam dll.
Encik chenta hati tak pernah lagi makan kat sini...jadi bawa dia merasa plak. Aku ni bertahun-tahun dulu sebelum kahwin lagi memang suka sangat dah makan kat sini.
Walaupun masuk kedai makan ni...dah macam makan kat indon dah...sebabnya memang makanan indon pun. Jadinya warganegara indon memang selalu port sini la. Tapi...halal ya kawan-kawan.
Pilihan selalu tekak ku semestinya pecal lele (ikan keli). Menu sama ja kami berdua laki bini.
Ikan keli goreng garing dan nasi panas-panas memang sentiasa berselera la dengan sambal pedas kick, ulam-ulam dan sup. Perut lapar ni memang semua sedap sekali...
Hat ni menu sampingan yang sentiasa juga kena ada bila makan kat sini. Sate kambing yang betul-betul rasa kambing. Heheh.... ada ka sate kambing rasa ayam?
Alhamdulillah...perut pun dah kenyang dengan suka hati.
Masa masih awal lagi ni kalau nak balik hotel pun. Nak melajak diri ke rumah tok menakan dulu lah.
Tok lang....kakak kepada arwah tok aku. Bila jumpa tok lang, terubat sedikit rindu pada arwah tok. Raut muka pun sebati...dah nama pun dua beradik kot.
Hobi tok lang selain dari makan pinang gobek....hobi petang dia memancing kat sungai belakang rumah je. Sama juga hobi dengan arwah tok.
Nak tunjuk skill juga dia pun...kiki. Habis lah lari ikan-ikan di sungai bila encik chenta hati yang mengai (memancing). Sekoq ikan pun tak makan umpan petang tu..kikiki
My tok lang walau umur dah banyak tapi masih kuat..alhamdulillah.
Aktiviti yang selalu terjadi bila pi umah tok lang...kena paksa makan nasi beramai-ramai dulu baru boleh balik. Kebetulan petang tu Mak Su (Anak last tok lang) pun mai sekali.. Kena paksa ka? Kikiki...
Baru balik tidoq lena kat hotel..hehhe
Good nite...
No comments:
Post a Comment