Kalendar Dcomey

Sunday, December 28, 2014

Chocolate Almond Cookies

Assalamualaikum

Tekak ni macam terasa-rasa ja nak makan cookies sejak akhir-akhir ni. Nak cari resepi yang senang dan sedap adalah menjadi keutamaan.


Resepi dalam simpanan ku ni pun ada tapi masih juga mencari nak cuba yang lain juga kan...

Alhamdulillah, my schoolmate InnaHomemade tokey cookies bermurah hati kongsi resepi nya. Tengkiu Na Slam (nama glamer dia sejak dari sekolah). Belek-belek resepi dia tu semua bahan dah ada, jadi mula lah misi cookies.


CHOCOLATE COOKIES
Resepi oleh : Inna Homemade

250gm mentega
200gm gula icing ( saya guna 170gm sahaja)
1 biji telur kuning
300gm tepung gandum
4 sudu besar serbuk koko (saya guna 3 sudu besar)
100gm badam cincang
60gm coklat chip
2 sudu besar susu pekat
Sedikit esen vanila

Campurkan gula icing dan mentega di dalam bekas dan pukul hingga kembang
Kemudian masukkan telur dan kesemua bahan-bahan lain tadi. Gaulkan hingga sebati kesemuanya


Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang sudah di sapukan mentega


Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160c selama 20 minit atau sehingga masak
Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara

Nota : sebelum masukkan cookies ke dalam balang simpanan, tabur sedikit gula di dalamnya - tujuannya adalah untuk menjaga kerangupan cookies tersebut.


Ternyata sangat memuaskan hati dengan keberhasilan coklat cookies ni. Kunyah-kunyah depan tv...sedar-sedar 2 balang sat ja habis licin!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...