Macam best plak pakai half-moon ni
Kena bergerak awal sikit sebab nak menuju ke JPJ Kudat dengan urusan buat roadtax baru.
Kesayangan kami selama di Borneo yang sangat banyak jasanya
Kereta En Somi lama tersadai kat KK ditengah panas...maka jadinya roadtax yang melekat di cermin pun mereput. Kesian dia...takpa, balik ke kampung nanti kita buat balik bagi hensome ya!
Alhamdulillah...setelah 3 jam melalui jalan-jalan kenangan, sampai juga kami ke bumi Kudat. Selesai urusan En Somi di JPJ, cari kedai makan isi perut la dulu.
Terjah restoran curry house yang merupakan kedai nasi kandar kesukaan kami. Restoran ni kalau hari Jumaat memang sentiasa menjadi pilihan kami semasa menetap di Kudat sebabnya ada nasi beriani yang sangat sedap.
Restoran Curry House
Nasi beriani ayam
Nasi beriani kambing
Tapi kami sampai di Kudat kali ni hari Khamis...makanya tak ada la nasi beriani. Tapi kari kambingnya yang sedap tu tetap ada.
Perut dah kenyang membuncit....jom check-in
Kudat Resthouse
Jalan SMK Pekan
Kudat, Sabah
Tel : 088-622708
Harga bilik : RM 60
Ok lah biliknya...asal ada air-cond + katil + tv + bilik air kan. Selesa la nak melepaskan penat.
cuma tv harap dapat siaran tv2 je ya. Layan kartun ja lah kami
Dah hilang segala penat, baru lah boleh keluar ju pa kawan-kawan lama kat Kudat ni. Lepak-lepak sat kat Kompleks Sukan pastu kami melepaskan rindu ke Esplanade Sidek
Subhanallah...cantiknya ciptaan Allah. Dapat juga tengok matahari terbenam hari tu.
No comments:
Post a Comment