Bila cepat cerah maka perut pun cepat la lapar kan!
Rainbow Herb, Kudat
En somi pilihannya tetap nasi ayam. Nasi juga terbaikkk!
Perut dah kenyang, balik sambung tidur semula dalam bilik. Lepas jumaat baru kami check out dari Kudat Resthouse dan check in pula ke umah Cik Yan.
Rumah Cik Yan ni lah rumah kami di Kudat selama 3 tahun lebih. Barang-barang rumah kami pun tumpangkan dalam rumah Cik Yan. Tima kasih Cik Yan..
Makan tengahari kami, Cik Yan sediakan..sedap betul lah kena menu-menu kampung camni. Bertambah-tambah kami laki bini ni hah!
Cik Yan kebetulan ada tempahan bihun sup petang tu...jadi dapat lah tengok & belajar skill memasak bihun sup dia yang superbb tu! Memang sedap masakan dia ni....tokey katering la katakan.
Malam hari,
penuhi undangan makan malam berjemaah dengan pasangan En Nik + Kak Ani & famili Cik Yan.
Isteri-isteri yang kuat berselfie
Kedai makan Seafood Chef Edry
Makan malam kami kat Esplanade Sidek. Banyak dah kedai-kedai makan kat sini dalam masa 4 bulan kami tinggalkan Kudat ni.
Kesedapan tak dapat diungkap lagi bila mana makanan laut segar masuk ke dalam perut ni. Terima kasih banyak-banyak En Nik yang belanja kami makan malam yang sedap tu. Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment