Hari ni macam terasa nak berkongsi sedikit resepi dengan kawan-kawan semua.
Resepi topping / coklat tuang di atas kek coklat atau lebih dikenali sebagai ganache coklat.
Buat kawan-kawan ita semua...
Ni ita kongsi sedikit antara resepi yang selalu ita guna untuk topping kek coklat
100gm coklat masakan
125ml susu segar
50gm mentega
4 sudu besar madu
Satukan kesemua bahan yang ada dan masak denga kaedah double boiling sehingga pekat dan berkilat
Sejukkan dan tuang atas kek
Ganache Coklat (Resepi 2)
100ml whipping cream / freah cream @ 50ml susu segar
250gm coklat masakan
1 sudu besar golden syrup @ madu (untuk kurangkan pahit coklat)
1 sudu besar butter (untuk topping berkilat)
Panaskan whipping cream / fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih).
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair & licin
Kemudian masukka syrup dan juga butter. Kacau sebati
Tuang atas kek yang sudah disejukkan
Lebihan ganache boleh disimpan dan sejukkan dalam peti ais sebentar untuk paipkan border atau buat bunga.
Ganache Coklat (Resepi bajet)
50gm serbuk koko
1 sudu besar minyak masak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (boleh kurangkan mengikut manis yang disukai)
Campurkan kesemua bahan dan panaskan di atas api yang perlahan sambil dikacau hingga sebati dan likat
Tuang atas kek yang sudah di sejukkan
No comments:
Post a Comment