Kalendar BIZI Dcomey

Tuesday, February 4, 2014

Cheese Tart

Assalamualaikum...

Sekarang azam tahun 2014 ni...ita nak banyak berkongsi resepi dengan kawan-kawan. Boleh ke azam camtu? Hihi...boleh je kan!

Biar azam 2013...konon-kononnya nak rajin update blog comel ni tersadai entah kemana. Sibuk apa pun tak tahu la...

Okey...buat kawan-kawan kesayangan ita, ni ita share resepi yang selalu ita gunakan untuk buat cheese tart yang sedap tu ya. Resepi asal dari kak Azlita Masam Manis.

CHEESE TART
Resepi asal : Azlita Masam Manis

Bahan Kulit Tart (+-40biji)
170gm marjerin - ita guna planta
50gm gula aising (di ayak)
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
Acuan tart

Caranya
Pukul marjerin bersama gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula hingga sebati. Jangan pukul lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli dengan menggunakan tangan hingga menjadi doh yang lembut.

*untuk mendapatkan doh yang baik, masukkan doh dalam beg plastik dan simpan dalam peti ais semalaman 
- ita tak buat pun step ni...terus tekap dalam acuan je..heheh


Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart.
Bentukkan ia mengikut acuan dan kemaskan lebihan adunan dengan garfu.
Cucuk di tengah-tengah tu dengan garfu sebelum di bakar
Bakar pada suhu 170c selama 20-25 minit atau sehingga sedikit keperangan sehingga masak. Bergantung kepada haba oven masing-masing.

Kulit tart ni boleh sediakan awal-awal dan simpan dalam bekas kedap udara yang disimpan di dalam peti ais. In shaa allah...berminggu juga la tahan lamanya. Jadi takde la kemalasan sangat nak membelek kulit tart ni tatkala sampai masa nak buat cheese tart.


Macam ita ni...mik masa 1 hari kot nak siap 2 adunan kulit tart. Hahah

Nota jari :
Jika guna telur Gred A@B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan kulit tart menjadi keras teramat
Tunggu kulit tart betul-betul sejuk dulu baru masukkan inti & cheesenya

Filling (inti tart)
Blueberry atau apa saja inti kesukaan anda. Boleh beli di kedai bahan-bahan kek...atau nak senang lagi beli je jem siap juak di kedai runcit tu. Lenyek-lenyekkan sikit bagi jem tu tak berketul.

Bahan cheese
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus - ita guna gula aising (ayak)
1 biji telur Gred B
20gm mentega - yang ni ita tambahkan
1/2 sudu teh esen vanila / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20~30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik
Putar cream cheese, mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan telur dan esen vanila. Putar lagi sampai berkilat. TAPI jangan terlebih putar nanti ia terlalu cair dan tak cantik bila letak dalam shell sebab dia jadi flat tak montel-montel. Kiranya...sedang-sedang aje kata Kak Azlita. Nampak berkilat tu dah OK!

Ambik adunan cheese tu dalam 1 sudu dan warnakan. Masukkan dalam piping beg. Begitu juga dengan adunan cheese yang tidak diwarnakan dan jem, masukkan dalam piping beg juga untuk memudahkan kerja mengisi tart.


Mula-mula picitkan filling @jem ke dalam kulit tart. Kemudian picitkan pula cheese sampai penuh membuncit. Lagi buncit lagi cantik tapi jangan lah sampai melampau pula buncitnya tu..hihi

Kemudian picitkan adunan cheese yang telah diwarnakan atas permukaan tart tadi. Pastu mula lah tunjuk bakat melukis anda ya!

Kat atas tu gambar cara melukis dengan gaya bebas. Kalau nak belajar banyak lagi gaya coraknya nanti ita buat entry lain ya. Boleh juga tengok di blog Kak Azlita

Cara ita meletak filling dan cheese ni...ita buat sikit-sikit. Maksudnya picit cheese dalam tart sebanyak 5-6 biji kemudian terus lorekkan. Sebabnya kalau picit semua sekaligus pastu baru nak lorek...dibimbangkan cheese akan jadi semakin kering sedikit jadi bila melorek macam tak licin dan cantik plak.


Dah siap melukis semua tu, bakar kejap dalam oven dengan api atas sahaja dalam 1 minit dengan suhu 160c. Jangan terlebih bakar sebab nanti akan merekah. Nak senang lagi...bakar kejap pastu sentuh pada cheese tu. Kalau dah tak melekat di jari tu maka cepat-cepat keluarkan dari oven


Memang hasilnya sangat sedap dengan cheese yang banyak dan kulit tart yang rangup. Tapi part nak kelebek kulit tart tu yang memerlukan kekentalan diri yang kuat...heheheh


Alhamdulillah....siap juga tempahan kawan yang memang peminat cheese tegar. 


3 comments:

Dya Kamarul said...

SALAM... SY NAK TANYE ADE TAK JUAL KULIT TART JER...

Dya Kamarul said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ita Comey said...

Wslm Dya Kamarul... ada jg saya jual kulit tart aje tapi buat masa sekarang di kudat je la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...