Kalendar Dcomey

Thursday, July 4, 2013

Esplanade Sidek : Sabah time - Part 4

Sebelum mak dengan adik nak datang sabah, memang en somi dah bercadang dah nak bagi mak rasa payau (rusa). Alhamdulillah...termakbul doa tu. En somi dah pesan dengan kawannya dari Tawau hantar kat kami di Kudat ni. Dapat lah mak dengan Dik Teh merasa payau

Apa yang paling best....bila mak yang masak untuk kami. Wahhhhhh! Sila melihat menu itu dengan air liur dalam kawalan hokey!

Payau goreng kunyit

Sup payau

Dan....semestinya yang terbaik adalah hasil dari kampung halaman sendiri - sambal petai wehh!

Pendek kata....makan bertambah dengan gembiranya kami di hari itu. Sayangnya kat mak....muahhhh! Peluk ketat-ketat la mak....

Petang itu en somi ada aktiviti memancing dengan adik. Ya lah....bawak bekalan memancing terbang mai dari jauh lagi nuuu, takkan nak tayang je kot kan. Jadinya pegi lah depa memancing dengan tinggalkan aku ni dengan bonda tercinta kat umah. Huawaaaaa!

Owhhhh....kau ingat aku nak sentap kebosanan je ke kat rumah ni? Takdenya.... wajiblah nak bawa mak pegi jalan-jalan gak kan!
***

Medan Star, Kudat a.k.a Panggung

Lokasi petang tu.... Medan Star sebabnya nak bawa mak makan special food kat situ.

Pottu....makanan orang bajau
Pottu ni sebenarnya adalah makanan ruji orang-orang bajau. Ianya adalah ubi kayu yang di bentuk macam aiskrim malaysia tu...panjang-panjang dan dikukus. Cara makannya....makan dengan ikan bakar & sos kicap. Memang bila korang kena sebatang tu pun dah boleh membawa kekenyangan hingga ke pukul 12 tengahmalam la beb!

Kat Medan Star juga boleh layan aiskacang best ya... yang paling aku suka kat situ adalah aiskacang buah. Perghhhh! Kena semangkuk tu boleh terbawa dalam mimpi malam nanti...tuuuu nak habaq kata sedap tu.



Tak caya gak kata sedap? Tengok tu mak kita makan aiskacang buah sampai dah tak boleh nak bercakap dah dengan anakanda..hehehe

Lepas siap menjamu perut kami petang tu...membawa diri ke Esplanade Sidek pula.

Menara jam yang tegak berdiri menjadi lambang kemegahan Esplanade Sidek.


Mak dah sampai...yeahhh!

Restoran Kasilasa dari pandangan jauh... indah rupanya tapi masakannya bukan pilihan tekak dan dompetku

Untuk mu bonda yang paling kusayang....

Sayang sangat-sangat kat mak...muahhhh!

Snap-snap cipta kenangan dulu





Kesimpulannya....muda tak mak saya?
(^_^)

Cerita esoknya pulak...
Pagi-pagi lagi aku bawak mak dengan adik pegi makan lagi yang special & sedap di Kudat ni. Semestinya hala tuju isi perut kami pagi tu adalah ke restoran yang bersebelahan dengan Telekom.

Restoran Sri Sikuati

Menu istimewa yang nak bagi mak dengan dik teh rasa yang menjadi kesukaanku sejak di Kudat ni...taraaaaa!!!
*
*
*
rojak ayam

nyummm...nyummm! Memang sedap lah...dengan kuah kacangnya yang cukup lemak. Anda patut mencuba ni kalau datang ke Kudat



Kan akak dah gitau....sedap rojak ayam tu. Tak caya cuba tanya mak akak tu...sedap kan mak?

Perut dah kenyang maka mengarahkan kaki menhabiskan duit pula. Mencari sesuatu untuk di beli sebagai buah tangan dari Kudat ni.

Pasar Kain - Kudat
Kat Pasar Kain ni banyak juga kain baju cantik-cantik yang di jual. Tapi...kalau dapat berbahasa sabahan, lagi banyak kadar pengurangan harga akan diberi kepada anda. 

 Pilih-pilih....beg duit dok kembung elok lagi tu. Hihih

Haaa...dapat dah hat berkenan di hati. Aauuwww...kau jangan dik!

Alhamdulillah selesai menggembirakan mak dan adik untuk hari itu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...