Kalendar Dcomey

Wednesday, July 3, 2013

Pantai Bak-Bak : Sabah time - Part 3

Assalamualaikum
Awal pagi sarapan kami - sambal petai airtangan dari mak. Memang terbaik lah!! Siap tapau kasi kat Kak Ti yang tengah mengandung lagi tu... Ya lah dah alang-alang kluar hantar barang yang dia pesan jadi bawa lah sambal petai untuk dia sikit. Alhamdulillah...sedap katanya.

Destinasi nak bawa mak dan adik jalan-jalan hari ni adalah sekitar Pantai Bak-bak yang dekat umah je. En asben ku dah mula masuk keja hari ni jadi langkah kami tak boleh la jauh-jauh sangat.

Jom melayan aktiviti kami anak beranak sepanjang mik angin di Pantai Bak-bak... Ayat pertama yang kluar dari mulut mak "jernihnya ayaq laut ni"...



Mula-mula tengok kot atas ja...pastu kena turun main air la..

haaa...tudia! my adik yg ensem tu dah turun main air dah...



Mak pun takkan nak tengok je kan...haruslah turun merasai air laut Pantai Bak-Bak sekali kan. Sukanya tengok kegembiraan mak dengan adik turun kaki dalam laut...hihihi




Jelajah lagi sekitar Pantai Bak-Bak...
Laluan pantai yang agak ke dalam sikit tu, ada batu lubang-lubang yang sangat cantik. Ini juga my 1st journey ke laluan tu...anda patut jalan ke situ juga.



Batu belah batu bertangkup....




Jumpa dah lesung batu kat pantai ni...hahahah. Dah macam orang zaman batu daaaa...


Kanak-kanak riang di hari itu...hihihi




Dah teringat buah hatinya yang jauh la tu ya dik?


Ok sekian lah cerita sepetang kami anak beranak di Pantai Bak Bak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...