Kalendar Dcomey

Thursday, December 20, 2012

Pop Kek

Assalamualaikum

Sihat ke semua kesayangan saya hari ni? Moga-moga semuanya sihat walafiat untuk kita meneruskan amal ibadat.

Alhamdulillah...dengan pelbagai usaha yang saya cuba, walaupun tak banyak namun ada juga rezeki yang Allah bagi buat saya meneruskan mencari rezeki di bumi Kudat ni. Syukur ke hadrat Allah.. setelah mencuba kologen rumpai laut (PMC) dan berpuas hati dengan hasilnya...saya kongsi keberkesanannya bersama kawan-kawan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membeli PMC ni dari saya.


Okey setelah berhari-hari buka lembaran untuk PMC, semalam saya beralih kembali ke dunia bakery yang sememangnya menjadi jantung hati saya. Percubaan pertama saya menghasilkan pop kek sendiri...alhamdulillah menjadi dengan sedap sekali.
Pop kek untuk makan sendiri ni memang saya buat melampau-lampau sikit lah...letak mentega kacang + strawberry banyak, lepas tu letak lagi badam  hancur panggang banyak-banyak. Memang puas hati lah!

 Saiz untuk pop kek saya memang saiz yang senang nak gigit. Saiz sebesar 1 scoop aiskrim jer...



Buat permulaan ni, saya buat pop kek dalam 2 pilihan. Anda boleh pilih jer jenis mana yang berkenan...

Harga - RM 35 (RM 1.40 jer sebiji)
+ RM 0.10 untuk pek plastik / riben

Minimum tempahan - 25 biji

Pilihan pertama : Pop kek BOLA

Pilihan kedua : Pop kek STICK / LOLLIPOP

Ni ada lagi contoh-contoh gambar pop kek jenis batang dan bola yang saya comel-comel dan boleh di jadikan contoh untuk tatapan anda. Kredit gambar untuk en google yang menayangkan gambar-gambar dari blogger's online biz yang hebat-hebat ni. Thanks a lot buat pemilik-pemilik gambar yang saya buat contoh ni ya!

 Gambar contoh dari anna-sweet-bakery


Gambar contoh dari hidayahnanichoco


Gambar contoh dari hidayahnanichoco

Jadi...kepada yang berminat nak merasai keenakan pop kek ni, boleh lah tempah dengan saya. Saya buka tempahan sekarang ya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...