Selamat malam kawan-kawan saya. Tengah buat pe tu?? Malam ni dah dinner ker? Saya masih dalam mood kekenyangan dek penangan roti tortila. Alhamdulillah...
Tortila la sangat kan...ye resepi nya memang roti tortila tapi mybe skill menggelek dan memasak roti tu jer yang buatkan rupanya dah x macam roti tortila jer..hahaha
Jadi hari ni selepas selongkar almari MYR tu maka terjumpa lah resepi roti tortila. Tengok orang lain buat cam best jer, jadi why not saya cuba plak kan...
Ni resepinya...
ROTI TORTILA
Sumber : Azareena MYR
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar shortening @ 3 3/4 sudu minyak sayur
1 1/4 cawan air suam
Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk
Masukkan minyak / shortening dan gaul hingga sebati
Masukkan air sua sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh
Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan setiap bahagian dan rehatkan selama 10 minit
Canaikan doh hingga nipis (seperti buat chapati)
Goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan, lebih kurang 1-2 minit untuk setiap belah
Untuk cicahan nya...saya buat kari sardin kering jer...
1 tin sardin kecil
3 sudu serbuk kari
1 biji bawang besar - mayang halus
1 tin air (Sukat guna tin sardin tadi)
2-3 biji cili padi
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis
Mayonis
Tomato
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar hingga layu
Masukkan sardin, air dari tin sardin dan rempah kari
Lenyek-lenyekkan isi sardin tu dan biar masak hingga kuah menjadi pekat
Masukkan garam dan cili padi
Gulung lah roti tortila dengan sedikit bawang, tomato dan mayonis...siap!
Begini jer lah caranya...hehehe.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment