Kalendar Dcomey

Saturday, November 24, 2012

Ketam Wangge

Assalamualaikum

Buat apa kawan-kawan saya hari ni? Rehat-rehat bersama keluarga ya...alhamdulillah kita masih di beri peluang olehNYA untuk menikmati rasa bahagia hari ini.

Okey kali ni saya nak share resepi KETAM WANGGE pula. Hari tu Chenta Hati saya bawa balik 4 ekor ketam yang boleh tahan juga lah besarnya. Maka terpikir lah pula dari resepi ayam wangge sebelum ni, saya nk ubah jadi ketam wangge pula. Kepada kawan-kawan saya yang belum mencuba keenakkan ayam wangge ni boleh la selongkar resepinya DI SINI

Bila tekak dan perut dah boleh terima selera wangge ni, maka boleh lah ubah citarasa kepada ketam wangge pula. Idea ketam wangge ni tercetus dari sorang kawan saya - DYNA  yg pernah berkunjung ke rumah kami raya posa hari tu dan mik resepi ayam wangge ni. 


Dari situ dia ubah ayam kepada ketam dan katanya sedap...maka saya pun nak cuba juga lah kesedapan ketam wangge ni. Sebelum ni saya dah cuba resepi wangge ni untuk telur burung puyuh, telur ayam dan daging. Semuanya sedap... cuba lah ya!


Okey jom tengok cara saya olah resepi ayam wangge kepada ketam wangge pula...


KETAM WANGGE
Oleh :ItaComey@http://dcomey.blogspot.com

Bahan -bahan :
2-3 ekor ketam - bersihkan dan goreng hingga kemerahan kulitnya dengan sedikit minyak

Bahan tumbuk :
5 ulas bawnag merah
5 ulas bawang putih
Halia (sebesar ibu jari)

1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
1 tangkai daun kari

Jadikan pes :
2 camca cili boh (lebihkan kalau nak pedas)
2 camca sos tomato
2 camca sos cili
4 camca kicap manis
1 bungkus serbuk kari
Sedikit bahan yang ditumbuk tadi
Sedikit air

2 sudu gula
Sedikit garam
Sedikit air
2 biji tomato - Belah 4

Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ketam dan tumis bahan lebihan yang ditumbuk tadi bersama dengan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari hingga naik bau
Masukkan bahan pes yang telah di campurkan tadi  dan di masak hingga sebati dengan api perlahan supaya rempah betul-betul masak
Tambah sedikit air jika masakan terlalu pekat
Masukkan ketam, gula dan garam. Masak hingga sebati perasanya
Akhir sekali masukkan tomato. Siap!

SELAMAT MENCUBA






2 comments:

ANIM said...

wangge tu bukan ke maksudnya "mari"..
ketam mari lah ya..heeee

Ita Comey said...

haaha...betul kn Kak Anim..mari ketam mari..masuk perut mummy :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...