Aidilfitri 2012
Panas teriknya cuaca kat Kudat ni hari ni. Tapi syukur lah tahap kekeringan tekak ni masih dapat di tahan lagi.
Alahhai...rupanya ramadhan dah x sampai 3 hari lagi dah nak tinggalkan kita. Shahdu dan berat hatinya... Masih belum cukup amal ibadah di kaut di bulan mulia ni.
Saya ni tetiba cam hilang memori plak sbbnya dok rasa raya cam lagi seminggu lagi jer. Bila pikirkan dah dekat sangat dah nak beraya mula lah kelam kabut mikirkan banyak benda yang tak buat lagi ni.
- Biskut raya pun tak habis buat lagi
- Kelengkapan untuk juadah utama raya - LAKSA pun belum complete lagi
- Pinggan + mangkuk + sudu plastik yang tak nyusahkan keja saya pun tak beli lagi
- Umah pun tak kemas lagi
- Baju raya yang di bawa siap2 dari kampung pun dok berkurung dalam beg roda lagi
Ada ke manusia nak datang beraya kat rumah kami di Kudat ni? Hmm...rasanya kawan-kawan keja somi jer la kot, tu pun 2-3 orang jer lah yang tak balik kg / non-muslim yang memang orang sini kot yang nak datang beraya..Datang lah meriahkan rumah saya dan abiskan juadah-juadah yang saya sediakan ya!
Hari ni walaupun dalam cuaca panas yang mengundang dahaga melampau...saya sempat siapkan juga sejenis lagi kuih raya - POPIA NESTUM yang lebih kepada kudapan kunyah-kunyah di hari raya.
Sedap popia nestum ni... kalau kunyah sambil tengok cite Cake Boss kat TLC tu asyik jer kan. Sedar-sedar dah separuh balang jer tinggal!
Popia nestum ni merupakan salah satu kudapan kegemaran orang-orang kampung saya. Masa saya dok kat kg hari tu...ni je lah permintaan yang tak menang tangan.
Jom pakat buat untuk juadah isi balang kuih raya...
POPIA NESTUM
Resepi : Adik Ipar Saya - Salwati
Bahan-bahan :
1 pek kulit popia
Minyak untuk menggoreng
Bahan salutan popia (Di kisar) :
2 cawan nestum
1 cawan gula
2 cawan susu tepung
Buat camni :
- Kulit popia di potong kecil-kecil dan ceraikan selapis-selapis
- Bahan salutan popia yang di kisar di campur dengan sedikit nestum kasar untuk mendapat lebih rasa nestum
- Panaskan minyak dan goreng kulit popia sehingga keperangan dengan api yang sederhana
- Setelah siap goreng anggaran dalam sesuku kulit popia (dalam keadaan minyak yang masih melekat), salutkan dengan nestum semasa ia masih panas
- Ulang proses goreng dan salut hingga habis
- Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
Tips :-
Cara nak salut nestum dengan mudah, cepat dan sekata :
Masukkan kulit popia ke dalam tupperware bertudung, kemudian masukkan nestum (anggaran 2-3 camca) dan goncang tupperware tersebut
Jangan tunggu sampai habis goreng baru nak salut nestum ya! Sebab...hasilnya nanti nestum tu dah tak nak melekat pada kulit popia
1 pek kulit popia besar tu boleh menghasilkan 2 balang besar ni haa!! Berbaloi-baloi walaupun agak mencabar untuk mengopek selapis-selapis kulit popia ni.
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment