Kalendar Dcomey

Friday, July 6, 2012

Segalanya bermula disini...

Arghhh!! Boring dan kesunyian bila kekasih hatiku takde ni. Time-time camni kalau Chenta Hati ade mesti masih golek-golek depan tv pastu merebut remote tv tu nak tengok channel masing-masing...dan selalunya kemenangan akan di rangkul oleh si isteri yang comel jelita ini..hehehe

Lambatnya rasa nak sampai hari ahad. Nak tunggu kepulangan suami tercinta...Rindunya pada kamu!
Dah puas dah aku golek depan tv sorang-sorang tadi...now sambung golek kat bilik plak. Selak-selak album gambar kat lappy ni terjumpa la pulak gambar-gambar muda remaja dulu-dulu.
Tiba-tiba memoriku terbang ke Penang di malam hari ni.

10 Tahun kehidupanku di penang sebagai pekerja swasta dengan syarikat pembekal minyak



Kerjaya ku bermula pada April 2002 sebagai receptionist dan merangkap pembantu pejabat je masa tu. Masih muda remaja lagi time tu dengan tahap kekurusan 42kg yang menjadi kegilaan rakan-rakan teruna sepejabat << statement kebenaran yang x boleh blah!! - betul pe...kalau tak masakan ku tersangkut dengan salah sorang teman sepejabat yang berjaya menjadi BEKAS tunangku selama 2 tahun. POYO jer!!

Sedikit demi sedikit ku menapak dalam syarikat ni sehingga jawatan terakhirku sebagai CSO dalam operation department yang merupakan salah satu jawatan yang cukup serabut! Hahaha...walau serabut dengan tekanan kerja yang tak putus-putus pun lama juga lah aku bertahan kat situ.

Akhirnya kerjaya ku berakhir juga..

Imbau kembali...

Umah sewa pertama ku yang ku diami hanya 15 hari jer...
Rumah Kampung
Kg Tersusun, Jalan Baru
Seberang Perai, Pulau Pinang

Masa ni menyewa dengan sorang kakak kenalan lama semasa bekerja kat Kedai Emas Pantai Timur (SP) - Kak Mala. Mana lah dia hilang sekarang ni...Dok kat umah ni 15 hari jer bukan sebab pe, sebabnya menyewa ada tuan rumah sekali stay kat umah ni. Makcik tuan umah ni memang ok...siap buatkan breakfast untuk kami lagi tapi yang tak tahannya masa tu sewa umah mahal. Dah la mik sewa ikut kepala tapi bagi kami kongsi bilik yang sempit teramat-amat lah sangat. Pastu aku masa tu ulang-alik keja naik bas jer dan kena tukar 2 biji bas...so tak dapat lah aku nak sewa kat situ lama-lama. Teringat lagi masa sewa kat sini aku hanya ada 2 biji bantal + toto jer...

Umah sewa ke-2
Rumah Flat C, Tingkat 4
Jalan Tenggiri
Seberang Jaya, Pulau Pinang

Dekat sikit pegi keja...jalan kaki jer dari rumah ke opis. Tu yang kurus tu! Barangan pertama yang ku beli masa tinggal kat sini - Dapur gas + tong gas, peti sejuk dan almari baju plastik yang ada zip tu. Tapi stay brapa bulan jer sebab budak-budak rumah aku dok kali ni terlalu sosial yang melampau dan menakutkan aku. Takut kalau dok lama nanti jadi "Kerana nila setitik, habis susu sebelanga". So sebelum terjadi lebih baik angkat kaki pindah..

Umah sewa ke-3
 
Rumah Flat D, Tingkat 1
Jalan Tenggiri
Seberang Jaya, Pulau Pinang

Turun ke flat sebelah jer...rendah sikit. Bilangan housemate pula xde lah macam sardin dengan bilangan 4 orang jer. 2 orang untuk setip bilik. Masa pindah ke sini aku dah mula mik lesen keta dengan bonus tahun pertama dan beli kereta pertama ku - Kancil 850. Aku buat keja part-time kat Fajar Supermarket. Aku beli mesin basuh auto dah masa kat sini. Dah ada tv sony 24" pemberian opismate - Lee Ann Nee. Kemudian aku pindah lagi sebab tak suka bergaduh dengan housemate yang mula iri hati dengan kesenangan ku sikit masa tu. Hanya ada sorang housemate jer yang baik dengan aku time tu - Kak Ani dan kami sama-sama pindah ke rumah lain

Umah sewa ke-4
Rumah Teres 2 Tingkat
Halaman Tenggiri
Seberang Jaya, Pulau Pinang
Sewa kat sini boleh lah tahan sebab parking keta pun dalam pagar sendiri. Bilik pun tak kongsi-kongsi dah selepas Kak Ani dapat offer keja kat Putrajaya. Masa ni aku beli set bilik tidur dan dah ada komputer dah kat rumah...Alhamdulillah. Lama juga aku tinggal menyewa kat sini...kemudian pindah lagi atas faktor nak kahwin konon-kononnya masa tu...

Umah ke-5
Rumah Teres
Tingkat Siakap
Seberang Jaya, Pulau Pinang
Umah ni pun dok x sampai 2 bulan kot sebabnya dah la kena dok sorang-sorang dengan rumah yang besar pastu dah tak jadi kahwin. So pindah la lagi...
Umah ke-6
Rumah Flat, Tingkat 4
Taman Tun Hussin Onn
Seberang Jaya, Pulau Pinang
Menyewa sorang-sorang jer kat sini. Buat keja part-time kat Kedai Bunga A tu Z untuk menghilangkan keboringan masa tu. Orang sebelah rumah pula kena geng-geng mat bangla...owhhhh menakutkan juga lah...jadi takdenya aku nak dok lama-lama. Takut jadi yang bukan-bukan pula nanti. 
Dah tukar keta pakai Myvi EZ-Auto dah...Yahooo!!! Keta idaman kalbu tuuuu!

Umah ke-7
Rumah Kampung
Kg Jalan Baru
Seberang Perai, Pulau Pinang
Umah sewa sebelah jer dengan rumah mak angkat ku dan memang best lah sebab teman lepak bersama  dok dekat sebelah umah jer - Kak Diana. Nak kemana jer memang selalu berdua la..sampai kawan-kawan opis dia panggil kami ni kembar. Hahaha...
 Dah ada netbook pertama dah...

 Handphone pun dah upgrade sikit dah...tapi yang ni guna 12 hari jer sbb ada masalah
(Abaikan gambar2 yg kt enset tu...tu cite lama!)

 Tukar canggih sikit...tapi x lama juga. Yang kekal hingga kini N97 la juga.

Dok kat sini best tapi 1 jer yang tak best bila hujan mesti banjir. Selama aku dok sini merasa lah 3x banjir dan abis air masuk ke ruang dapur sampai paras lutut. Lepas tu tuan tanah merangkap tuan rumah sewa ni jual tanah so kena pindah lagi la...

Umah ke-8
Pangsapuri Tingkat 4
Taman Sutera
Seberang Jaya, Pulau Pinang
Rumah sewa terakhirku di Pulau Pinang sebelum kahwin dan mengikut suami ke Kuching. Masa ni tinggal berdua dengan adik - Dik Not. Memang rumah yang  cukup selesa buat kami berdua. Tuan rumah pun baik sangat. Dah mula menambah koleksi barangan rumah dah...Rumah pun dah hias macam rupa rumah dah sikit..hehehe
 Dah ada LCD 32"

 Perabot dan L Shape sofa

Paling best ni!

 Dah pandai tidur dengan aromaterapi

 Dah mula kumpul FM dengan gigih

 Dah ada anak angkat yang comel 2 ekor

 Anak angkat dah ada rumah besar

tapi disebalik kecantikan dan ketenangan rumahku syurgaku masa tu..
Tetap ada "keselerakkan melampau" juga! Penjuru yang kemas hanya seketika jer pastu di landa tsunami semula. Dah macam 10 orang dah pemilik kasut-kasut ni walhal berdua ja...Eeeiiii....rumah siapakah ini??

Begitu lah kisah kehidupanku suatu masa dulu. Berpindah-randah bagai....Saja ku story kan kat sini sebagai kenang-kenangan buatku dan anak-anakku nanti. Kehidupan selama 9 tahun kat Seberang Jaya, Pulau Pinang cukup mematangkan aku. Aku suka sangat tinggal kat Seberang Jaya ni. Salah satu sebabnya banyak tempat makan yang menjadi tempat tumpuan ku bila-bila waktu saja. Di sini juga ku kenal mana kawan dan mana lawan...

Rindu saat itu...

3 comments:

ANIM said...

gelihati part ending tu..heeee

Unknown said...

tu la kan...rumah sapa la agaknya? hahaha

Unknown said...

bukan suka duka time single cin...tp kemas srabutnya time single..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...