Kalendar Dcomey

Wednesday, July 25, 2012

Keluarga LIMAU

Setelah mengenali keluarga rempah ratus dan keluarga herba bandar, sekarang saya nak bawa korang semua  kenal keluarga limau pula.
Saya akui sampai sekarang masih ada limau yang pelbagai jenis tu saya kurang mengenali dan selalu tertukar. Jadi harap-harap lepas ni saya akan lebih mengenali adik beradik limau ni.

Okey jom sama-sama kita kenal limau.


LIMAU BALI

Dulu masa saya masih bekerja...customer saya yang dok kat Changlun,Kedah selalu bagi saya buah limau bali ni. Sebab sepanjang jalan kat Changlun yang berdekatan dengan stesen minyak dia banyak jual buah limau ni.Untung diri dapat yang manis tapi ada juga yang masam. Heheh... Tima kasih banyak-banyak untuk customer saya tu - En Zakiuddin Fata


LIMAU KASTURI

Selalu di gunakan untuk buat minuman seperti minuman kesukaan saya - Teh O Ais limau


LIMAU MANDARIN


Limau mandarin ni kalau musim raya cina memang sakit tekak kalau makan banyak-banyak ni sebab limau ni agak panas. Dulu kawan sepejabat saya - Ms Lam selalu pesan kalau nak makan limau ni dan tak mau bagi batuk kena makan sekali dengan tali-tali selaput dia tu.


LIMAU NIPIS

Perah dalam sambal belacan memang terangkat lah!


LIMAU PURUT

Mak saya ajarkan saya guna limau purut ni untuk menghilangkan kelemumur. Caranya : Kupas kulit limau hingga tinggal selaput kulit putih. Bakar hingga keperangan kemudian potong dua dan gosokkan atas kepala. Insyaallah


LIMAU

Tak tahu ni limau nama apa tapi saya memang suka sangat limau ni. Arwah tok & tok wan dulu pun suka makan limau ni.

Itu lah saja kot adik beradik limau yang saya nak kongsi kat sini. Limau yang selalu saya tertukar tu adalah limau kasturi dan limau nipis..hehehe

(^_^)

2 comments:

mama aryan said...

saya pun kdg2 tak kenal..rasanya byk lg adik beradik limau ni kot

Unknown said...

betui tu...ada byk lagi limau ni sbnrnya. boh yg kenai ja..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...