Kalendar Dcomey

Saturday, July 21, 2012

IFTAR Hari Pertama

Assalamualaikum
Alhamdulillah selesai sudah berpuasa di hari pertama. Berbuka berdua saja dengan suami tercinta. Abis tu...nak berbuka dengan sapa lagi. Anak kami masih belum hadir lagi. Nak ajak jiran sebelah rumah diorang semuanya tak puasa. Non-muslim ler citenya!

Kesihatan saya hari ini tak berapa nak okey sikit. Dari pagi sampai ke petang asal bangun jer nak pengsan. Itu adalah tanda saya mengalami tekanan darah rendah yang melampau. Hari ni kena pula hari suami cuti jadi boleh lah manja-manja lebih dengan suami.

Sakit mengada-ngada ler tu!

Betul! saya memang sakit tau. Suami yang budiman yang tersangat sayangkan isterinya yang comel ini maka dia beri rehat kepada saya. Katanya hari ni dia nak masak...Wahhh bertambah rendah la darah saya! 
Buat-buat sakit lagi lah...hehehe

Hari ni kami berbuka kat London 
(^_^)

Ya lah tu...tak mampu kami nak terbang ke sana untuk berbuka. Tapi sapa tahu kan...rezeki dari Allah turun kat kami nanti kan...Insyaallah

Pasta elbows + Spicy garlic bread + Mushroom soup + Salad + Nasi putih + Ikan bilis kicap + Kurma + Milo panas 

Menu utama yang disediakan chenta hati saya hari ni - Pasta Elbow
Saya suka sangat tau!

Tapi walaupun dalam sakit-sakit saya tetap juga membantu masak juadah berbuka walaupun hampir di pulas telinga saya!

Saya buat roti + sup + air milo + salad

Okey lah tu kan...Dapat juga berbuka pukul 6.33 zon Kudat sampai bulat perut-perut. Lepas berbuka sakit hilang 70%..hikhik

Terima kasih buat chenta hati saya yang sungguh baik hati sediakan juadah berbuka kami. Muahhh!

2 comments:

mama aryan said...

bestnya suami tlg masakan..sedap lak tu

ItaComey said...

Alhamdulillah..klau mai kerajinan dia tu dpt lah ita mkn mskan dia. ~uzur dlm kemalasan~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...