Kalendar Dcomey

Sunday, July 22, 2012

IFTAR Hari Ke-2

Assalamualaikum

Alhamdulillah kesihatan saya dah makin baik sikit hari ni. Jadi hari ni dapat lah merasa nikmat berpuasa dengan kesihatan yang baik. Dapat lah saya memulakan tugas saya masuk dapur hari Ahad dan masak untuk suami hari ni. 
Tapi yang tak bestnya...walaupun dapat masak untuk suami tapi tak dapat nak berbuka bersama dia pula.  Dia pergi berbuka di tempat kerja. Panglima datang nak berbuka dengan diorang. Alahai panglima ni pun...pegi lah berbuka dengan orang-orang lain. Kesian saya tau kena berbuka posa sorang-sorang hari ni.Suka ke...tak suka ke...terpaksa lah saya akur pada kehendak kerja dia. Anggap je dia pergi meniaga roti john kat bazar ramadhan cam kat Kuching dulu...

Ayat penyedap hati!

Tapi takpa...suami balik dia tetap makan masakan bini dia ni. Walaupun baliknya dah pukul 9 malam. 

 Nasi putih + Daging rusa goreng kunyit cendawan + Kangkung sambal belacan + Kurma + Papadom + Ikan goreng + Air oren


Berbuka si isteri dengan segelas oren dan 3 biji kurma saja. Kemudian solat maghrib dulu dengan harapan dapat tunggu makan nasi bersama suami tercinta. Tapi tenyata fizikal si isteri tak kuat nak menunggu dan menggigil-gigil dah lutut tunggu sampai pukul 8 maka makan dulu lah..hehehe

Alhamdulillah...syukur atas rezeki yang Allah bagi kepada kami.

2 comments:

mama aryan said...

kalu akak tentu sedey..dah penat2 masak suami kena buka posa ditempat lain lak,tp tu la dah keje nak buat mcmmana kan

ItaComey said...

huhu..sedih toksah dok kata la! dlm hati ni dh meraung2 dh kena buka posa srg2. sib baik balik dia masih mkn byk2 yg bini dia masak..kalau x mau mogok 2 minggu dapo x brasap! hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...